Pakatan pembangkang... PAS kena gertak di Persidangan DAP

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menunggu PAS lebih lama.

“Kami cuba mendapatkan semua orang yang mendakwa mereka menentang kerajaan Najib untuk menyertai kami, kerana jika kita semua bersatu, peluang untuk menang akan lebih baik.

“Tetapi jika kita tidak boleh mencapai matlamat ini kerana terdapat mereka yang mempunyai agenda tersembunyi untuk membantu Najib kekal berkuasa, maka kita akan bergerak tanpa mereka.

“Oleh kerana ini adalah politik dan dalam sebuah negara demokrasi, kita tidak boleh mengatur segala-galanya,” katanya kepada media di Persidangan Kebangsaan DAP.

Mahathir berkata PAS akan diberikan tempoh masa akhir bila ditanya wartawan.

Yang peliknya, banyak kali PAS menegaskan bahawa PAS tak akan bekerjasama dengan DAP dan parti PAN, pengkhianat.

Tun Mahathir, walaupun dikatakan licik dalam politik tetapi beremosi dengan PAS dan banyak kali menuduh PAS dalam ucapannya di hadapan rakan pakatan.

Mulut mencaci maki PAS dengan pelbagai tuduhan tapi tangan melambai PAS kononnya menyahut seruan bergabung dalam satu pakatan pembangkang yang kuat. Nak percaya orang macam ini. Sudahlah mempunyai rekod kejahatan 22 tahun yang sukar dimaafkan. PERNAHkah dia ni minta MAAF atas kesalahannya?

Dia yang fitnah dan penjara Anwar tapi sekarang dia ke Mahkamah untuk sokong Anwar. Dia ni juga yang tahan ramai pimpinan politik dalam ISA, sekarang dia KONONnya menentang SOSMA.

Orang bodoh aje boleh percaya ORANG TUA ini.

Mahathir sepatutnya sedar, jika PAS tak berikan laluan kepada parti PPBM. Di mana PPBM nak bertanding di KELANTAN, TERENGGANU, KEDAH & PAHANG. Saya beri 4 negeri sudah cukup.

Jika PPBM bertanding atas Pakatan Harapan di 4 Negeri itu sudah tentu akan berlaku pertandingan 3 penjuru. Siapa yang untung?

Sudah tentu PAS, kerana UMNO berpecah kepada UMNO dan PPBM.

Tak payah nak ugut PAS, seperi kata Mohd Amar, Naib Presiden PAS kalau nak bekerjasama dengan PAS jagalah mulut tu. Jangan sedap lepas aje. Jangan rasa diri masih ketua segala-galanya. Belajar hormat orang lain.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment