Orang Macam Ini Tak Boleh Pakai Cakapnya!!!!Mat Sabu dakwa Umno-BN susun strategi isu perkauman secara sistematik

SHAH ALAM: Isu perkauman dimainkan secara sistematik oleh Umno-Barisan Nasional (BN) supaya mereka terus kekal berkuasa sebagai pemerintah, demikian menurut Presiden AMANAH, Mohamad Sabu.

Dalam menepis tohmahan berunsur perkauman yang berterusan dilemparkan kepada rakannya iaitu DAP, beliau berkata parti pimpinannya akan menjadi benteng untuk mengubah persepsi negatif sedemikian.

"Inilah senjata pemerintah yang ada sekarang. Program perkauman diprogramkan secara sistematik oleh kerajaan pimpinan (Datuk Seri) Najib.

"Sebab itu apabila orang kata Najib cakap merapu di Persidangan Agung Umno 2016 (PAU2016) saya tidak setuju. Beliau bercakap dengan penuh maklumat, jika Umno-BN hendak menang hanya dengan isu perkauman. Inilah yang dimainkan. Gelombang benci Cina, India dan agama lain akan dimainkan sehebat-hebatnya.

"Benteng untuk mematahkannya adalah AMANAH. Kita akan melawan perkara retorik yang akan menjahanamkan agama Islam," katanya di hadapan perwakilan parti ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Konvensyen Nasional AMANAH, petang tadi.

Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata sekiranya permainan ini dilakukan berterusan sehingga mempengaruhi minda rakyat, ia akan menyebabkan timbul satu pandangan yang lebih negatif.

"Apabila isu ini dimainkan, akhirnya timbul pandangan 'tidak apa', kalau rasuah, seleweng pun 'tidak apa', asalkan Melayu yang perintah. Siapa yang ajar fahaman ini?," tambahnya lagi.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pada PAU2016 awal bulan ini mengingatkan kaum Melayu dan Islam agar menolak politik DAP yang disifatkan sebagai merbahaya dan bakal menghakis keistimewaan dan hak yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan itu dinafikan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu Konvensyen DAP minggu lalu, yang tampil mempertahankan bahawa parti pimpinan Lim Kit Siang itu meraikan kepelbagaian kaum.

Sementara itu, mengulas kebimbangan perwakilan Selangor berhubung 'tekanan' dan birokrasi kerajaan negeri terhadap AMANAH, Mat Sabu memberitahu pimpinan Pakatan Harapan (PH) sentiasa mengadakan rundingan agar kerjasama politik mereka sentiasa berada di landasan.

"Sebagaimana disebutkan Khalid Samad, pendirian kita akan pergi berunding, bincang sampai ke dinding. Kita terbuka untuk berbincang dengan rakan-rakan kita iaitu PKR, DAP dan terbaru PPBM," ujarnya.

Dalam ucapannya juga, Mat Sabu optimis kekuatan pakatan pembangkang dapat digembleng, apatah lagi dengan penyertaan PPBM ke dalam PH yang bakal dimeterai Selasa depan.

"AMANAH kuat macam mana pun tak boleh sendiri. PKR kuat macam mana pun, tak boleh sendiri. DAP kuat macam mana pun, tak boleh sendiri. PPBM kuat macam mana pun tak boleh sendiri. Sekiranya kita bersatu kita adalah paling kuat di Malaysia dan sasaran kira adalah Johor," katanya sambil disambut tepukan perwakilan.

Malah beliau yakin kekuatan yang ada di pihak pembangkang dapat mengubah sokongan rakyat dalam mendepani PRU14 kelak.

Mengambil contoh corak undian kaum Melayu, terutama di kawasan kuat PAS di Kelantan, Mat Sabu percaya AMANAH berupaya meraih sokongan di kawasan berkenaan.

"Kalau AMANAH tidak tak bertanding dengan membiarkan parti lama melawan BN, maka BN ada peluang cerah di Kelantan. Kalau AMANAH tampil (bertanding) maka AMANAH pilihan Kelantan.

"Di Kelantan semasa pilihan raya 1995, semua tahu tuduhan terhadap saya. Malam selepas penamaan calon ahli jawatankuasa kawasan kata saya tak perlu berkempen sebab saya dah menang.

"Balik dari hari mengundi, saya mendapat undi majoriti terbesar. Ertinya rakyat ada pemikiran yang 'independent'. begitu juga di Terengganu. Kalau berubah akan pusing begitu sahaja," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana