Oh My God…Tun Mahathir terdesak sampai ‘mensucikan’ DAP

Adakalanya dendam kesumat dan nawaitu politik yang membara boleh bikin orang hilang pertimbangan dan ‘mudah lupa’.

Apa yang mengejutkan ini bukan orang biasa cakap tetapi orang yang ada status negarawan.

Kalau dengar balik semua rakaman dulu-dulu Tun Dr Mahathir Mohamad libas habis DAP termasuk menyifatkannya parti cukup rasis.

Oh My God..nak percaya ke tidak?  Bekas Perdana Menteri ini bukan sahaja sudah korner baring tetapi pusing ligat 360 darjah.

Ahad…Beliau hadir secara mengejut ke Konvensyen Kebangsaan DAP di Shah Alam.

Ikut ceritanya DAP tidak jemput beliau selaku Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) kerana ia belum lagi menjadi anggota rasmi Pakatan Harapan.

Pemimpin DAP kata mereka hanya menjemput pimpinan parti rakan – PKR dan PAN.

PPBM kini sedang menunggu keputusan Pakatan Harapan samaada terimanya atau tidak sebagai salah satu geng mereka.

Pakatan Harapan akan bermesyuarat tidak lama lagi untuk membuat penentuan itu.

Bayangkan semasa sidang akhbar Dr Mahathir yang jadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan sepanjang itu tak habis-habis menghentam DAP sudah ‘cuci bersih’ dan ‘ mensucikan’ DAP.

Katanya nampak sifat ke-Malaysia-an DAP lebih kuat dari UMNO dan BN.

Beliau mengambarkan seolah DAP sebuah parti cukup muhibbah dan tidak perkauman.

“Saya nampak  kalangan anggota ada yang kulit gelap,ada yang coklat siki dan bukan semua kuning.Ada tiga kaum di sini.

"Ini menunjukkan DAP bukanlah sebuah parti Cina,ia parti berbilang kaum dan bukan Cina pun boleh pegang jawatan tinggi seperti ( mendiang) Karpal Singh,boleh cakap bahasa kebangsaan dna lain-lain,”katanya.

Kata Dr Mahathir pandangan beliau tentang DAP sebelum ini adalah tidak betul.

Kalangan pemerhati menilai Pengerusi PPBM itu tiba-tiba galak ‘sucikan’ DAP mungkin ada kaitan dengan ucapan perasmian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang antara lain kata rakyat Malaysia ada dua pilihan pada PRU14 yakni pilih kerajaan yang berindukan UMNO atau kerajaan pembangkang yang berindukan DAP.

Jadi ikut pandangan mereka ‘ faham-fahamlah’ kenapa Dr Mahathir sampai terdesak kena cakap begitu.

Lagipun PPBM sedang ‘ melamar’ untuk sertai Pakatan Harapan.

Juga dengar cerita ada kalangan pimpinan dan ahli DAP masih tidak begitu minat PPBM hendak menyertai Pakatan Harapan kerana melihatnya hendak ‘ tunggang’ mereka untuk mencapai matlamat politik.

Apapun ikut para pemerhati kalau terdesak seklaipun beliau sepatutnya ‘ agak-agaklah’ nak cakap sampai begitu.

Semua orang masih ingat dengan jelas…bukan sekali,dua kali atau tiga kali malah berkali-kali dulu Dr Mahathir menghentam sakan DAP.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana