Oh Che Det... PAS tak minta PPBM tunggu pun

PAS tidak pernah meminta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menunggu parti itu menyatakan kesediaan bersabit kerjasama sesama pembangkang dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Malah Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim berkata, parti itu buat masa ini sedang giat memperkasakan jentera bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) berbanding kerjasama berkenaan.

"Kita tidak tunggu Bersatu (PPBM) pun. Yang penting adalah setiap parti memperkasakan kekuatan parti sebab pilihanraya ialah pengalaman yang PAS lalui sebagai pembangkang.

"Kita sebenarnya bergabung dengan kerjasama politik dengan mana pembangkang sekalipun mestilah kerjasama yang mempunyai asas dan kekuatan. Pada peringkat ini setiap parti mesti memperkasakan kekuatan parti bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-14," katanya dipetik dari sebuah portal berita.

Tun Mahathir Mohamad (Che Det) pada Konvensyen DAP Ahad lalu berkata PPBM dan parti pembangkang yang lain akan meninggalkan PAS dan tidak akan menunggu lebih lama dalam mengatur gerak kerja bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada PRU14 akan datang.

Jelas beliau, pembangkang terpaksa membuat keputusan tersebut kerana keengganan PAS dalam memberi kata putus dan usaha kearah itu perlu dijalankan dalam usaha menumbangkan BN.

Berhubung dengan kenyataan itu, beberapa pemimpin PAS menegaskan bahawa PPBM tidak perlu menunggu parti itu untuk meneruskan hasratnya untuk menjatuhkan kerajaan BN disebabkan pendirian PAS yang masih kekal untuk tidak bekerjasama dengan mana-mana pihak yang bersama dengan DAP dan PAN.

Antaranya Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki yang menyifatkan PPBM boleh saja terus bergerak ke depan menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) tanpa perlu menunggu PAS.

Ketika ditanya mengenai agenda perbincangan PPBM dengan PAS sebelum ini, Tuan Ibrahim berkata pertemuan itu tidak menyebut usaha ke arah kerjasama tetapi lebih kepada menguatkan pembangkang.

"Perbincangan dengan Bersatu (PPBM) bukan untuk bersama PH cuma untuk melihat apa yang boleh diperjuangan bersama dalam blok pembangkang.

"Bagi PAS kita sudah ada Blok Ketiga Gagasan Sejahtera jadi tidak mungkin dan bagi PAS kita akan tengok sesiapa yang akan bersama dengan PAS," katanya merujuk kepada pertemuan antara kepimpinan PAS dan Muhyiddin September lalu.

PAS dan PPBM menerusi Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini pernah mengadakan beberapa pertemuan dengan pemimpin parti itu untuk berbincang mengenai usaha ke arah kerjasama dengan parti itu pada pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun perbincangan itu dilaporkan tidak membuahkan hasil.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana