Myanmar marah PM nak sertai Himpunan Solidariti Rohingya…Kementerian Luar jawab

Ada ke patut kerajaan Myanmar cuba putar dakwa himpunan solidariti Rohingya yang nak diadakan di Stadium Titiwangsa pagi Ahad ini satu mainan politik tempatan yang tidak ada kaitan sangat dengan isu kekejaman keatas masyarakat Islam negara itu.

Juga bayangkan Ketua Pengarah Pejabat Presiden Myanmar buat kenyataan mempersoalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hendak hadir di himpuan itu dan menyifatkanya satu ‘campurtangan’ dalam hal negeri Myanmar.

Katanya Myanmar nak panggil duta kita di sana untuk bagi penjelasan jika benar Perdana Menteri turut serta.

Nampak sangat Myanmar sudah gabra dengan himpunan besar-besaran itu yang juga akan disertai oleh Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Kementerian Luar pagi Sabtu keluar kenyataan reaksi segara menolak dakwaan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Pejabat Presiden Myanmar , U Zaw Htay yang disiar di Myanmar Times.

Katanya himpunan berkenaan bukan satu bentuk campurtangan tetapi mengambarkan prihatin Malaysia terhadap krisis kemanusiaan Rohingya yang boleh menyebabkan berlaku limpahan yang beri kesan kepada keselamatan negara ini.

“Dalam konteks ini Malaysia membenarkan Himpunan Solidariti itu diadakan,”katanya.

Kementerian Luar juga kata Malaysia cukup sedar tentang prinsip penubuhan ASEAN.

Namun ia mengingatkan Myanmar pada tahun 2008 semua 10 negara ASEAN menerima saru piagam yang mengikat semua negara anggota pada prinsip melindungi hak asasi manusia.

Katanya jumlah orang Rohingya sebanyak 56,000 di Malaysia dibawah naungan UNHCR ditambah dnegan berates ribu di Megara jiran menjadikan isu itu bukan satu masalah dalam negeri tetapi antarabangsa.

“Fakta bahawa hanya satu etnik yang diusir bermaksud pembersihan etnik,”katanya.

Kementerian Luar menegaskan perbuatan ini harus dihentikan serta merta.

Sambil mengimbas krisis ‘boat people’ dari Rohingya pada tahun 2015 yang menjadi masalah serantau ,kementerian itu mengingatkan bahawa Malaysia berulangkali menawarkan bantuan kepada Myanmar untuk mencari penyelesaian kepada isu berkenaan.

Myanmar Times memetik U Zaw Htay menyifatkan himpunan itu satu mainan Putrajaya untuk mendapatkan sokongan politik dari kalangan rakyat.

“Ia nampak seperti satu keputusan politik untuk mencari sokongan rakyat Malaysia dan tidak ada kena mengena dengan Myanmar,” dakwanya.

U Zaw Htay kata ikut prinsip ASEAN,sebuah negara anggota tidak boleh campurtangan urusan dalam negeri anggota lain.

“Kami mematuhi prinsip itu dan harap kerajaan Malaysia juga patuh,”katanya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment