Muhyiddin turut tampil harumkan nama DAP…

Nama DAP kini tiba-tiba jadi harum semerbak setelah berdakap mesra dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Selain Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad sudah ‘sucikan’ DAP  bukan perkauman…Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bersungguh-sungguh cuba tanamkan rasa percaya orang Melayu pada parti yang beliau sendiri pernah kata tak boleh pakai itu.

Untuk memaparkan DAP tidak berhajat nak perintah negara beliau kata para pemimpin DAP sudha bagi jaminan kepada mereka bahawa Perdana Menteri harus dari orang Melayu.

Entahlah mungkin bekas Timbalan Perdana Menteri buat-buat lupa isu ‘tokong’ bila mana terdedah rakaman suara bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Mansor Othman bagaimana Ketua Menteri Lim Guan Eng liat untuk dibawa berunding.

Juga siapa boleh lupa bagaimana DAP menjadi kuasa dibelakang semasa kerajaan Pakatan Rakyat perintah Perak selama 11 bulan dulu sekalipun Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari PAS jadi Menteri Besar.

Kerusi Parlimen DAP kini adalah lebih banyak berbanding parti-parti lain dalam Pakatan Harapan.

Muhyiddin dalam satu kenyataan Ahad,kata kerajaan tetap akan diketuai orang Melayu sekalipun UMNO kalah.

Beliau nyata cuba patahkan ucapan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak di Parhimpunan Agung UMNO mengenai isu keindukan kerajaan UMNO dan DAP.

Kata Muhyiddin kata DAP tidak akan dikalahkan oleh UMNO sebaliknya UMNO akan dikalahkan oleh parti pembangkang Melayu yakini PPBM,PAS,PKR dan PAN.

Beliau seperti dijangka juga memperlekehkan Perhimpunan Agung UMNO kali ini sebagai medan untuk ikrar kesetiaan kepada Perdana Menteri.

Guan Eng sendiri dalam ucapan dasarnya di Konvensyen Kebangsaan DAP di Shah Alam juag cuba belai orang Melayu.

Katanya DAP tidak pernah mahu jawatan Perdana Menteri.

Menurut Guan Eng mereka sentiasa sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pegang jawatan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana