Melayu UMNO mudah lupa, terus menyembah duit, kata Tun M Dulu masa dia memerintah mcamner?

BANGI, 2 Rabiul Awal 1438H, Jumaat – Setelah diserang bertalu-talu dalam Perhimpunan Agung UMNO 2016, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membalas semula tuduhan yang dilemparkan dengan berkata, Melayu UMNO mudah lupa.

Dalam tulisan terkini di blog chedet.cc hari ini bertajuk ‘Pilihanraya’, Tun Dr Mahathir berkata, mereka (ahli UMNO) lupa sayang kepada bangsa, negara dan agama seperti perjuangan UMNO di waktu ia ditubuh.

“Yang mereka ingat hanyalah duit itu raja. Dan mereka teruslah menyembah duit. Pilihan raya kali ini akan memperlihat duit-duit yang dicuri dikongsi bersama oleh mereka yang terus menyokong Najib.
“Dengan perkataan lain ahli UMNO yang terus sokong Najib bersubahat dengannya dalam melesapkan duit Kerajaan (duit rakyat) berbilion-bilion Ringgit.

“Makanlah duit haram ini, duit dari menjual bangsa, agama dan tanahair,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam ucapan dasarnya menyindir Tun Dr Mahathir dengan kata-kata “Melayu mudah lupa”.

Ketua Wanita, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dalam ucapannya pula menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai menyimpang ke jalan yang makin jauh.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan dasarnya pula menuduh Tun Dr Mahathir melakukan penderhakaan pada UMNO, bangsa dan tanahair apabila bersubahat dengan DAP dan menyertai perhimpunan haram Bersih.

Tulis Tun Dr Mahathir lagi, wang adalah penghapus semangat sayang kepada bangsa, negara dan agama.

“Demokrasi memang sistem yang terbaik tetapi demokrasi boleh disalahguna dan salahlaku sehingga wujud diktator demokratik – atau lebih tepat lagi kleptokratik.

“Untuk mengelak semua ini berlaku terdapat hanya satu cara sahaja. Rakyat sebagai pengundi, kakitangan dan pegawai mestilah menolak dengan sekeras-kerasnya RASUAH dalam apa bentuk sekalipun,” katanya.

PM Najib lah yg sekeras kerasnya menolak Rasuah,skg kita tenguk banyak kaki tangan kerajaan d tangkap dan d bicarakan....

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana