MARINA MAHATHIR ANGGAP ISTANA LOW CLASS?

Marina Tun Mahathir hari ini secara tersirat menyifatkan Istana Negara sebagai “low class” apabila membatalkan jemputan ke atas bapanya, Tun Mahathir Mohamad ke Majlis Pertabalan Yang Di Pertuan Agong yang baharu.

Marina ketika memuat naik surat Istana kepada bapa dan ibunya membatalkan jemputan tersebut meletakkan komen dalam bentuk hashtag “howlowcanugo”.

Tindakan membuat komen sedemikian ke atas surat Istana adalah satu penghinaan kepada Institusi Raja.

Sementara itu, seorang penulis, Ab Jalil Backer dalam akaun Facebooknya menganggap ia hak DYMM YDP Agong tidak perlu dipertikaikan.

“Marina Mahathir mungkin tidak faham bahawa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bertindak atas titah Istana bukan atas arahan kerajaan Persekutuan. (Tidak pastilah jika zaman bapa dia, Istana ikut cakap PM macam robot)

Apa hak Marina hendak menghina Istana? Apakah kerana bapa beliau tidak dijemput maka status Istana jadi “low class”?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana