MARAH SUNGGUH DIA BILA UNDANGAN DIBATALKAN, SAMPAI TULIS DALAM BLOG?

Nampak dari riak dan warna tulisannya di blog, dia memang tidak puas hati berhubung pembatalan undangan ke Majlis Pertabalan Yang DiPertuan Agong baru yang bakal berlangsung pada 13 Disember ini.

Seboleh-bolehnya dia mahu juga kaitkan surat pembatalan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja itu dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Hatinya bagai tidak tenang jika tidak dapat mempolitikkan sesuatu yang mampu menimbulkan ‘kesipuan’ terhadap dirinya.

Tidak ‘disipu’ di majlis Diraja itu, dia ‘disipu’ terlebih dahulu oleh anaknya sendiri. Surat yang sepatutnya sulit, anaknya dedahkan pada umum. Mungkin kerana sudah ‘terlajak perahu’, alang-alang begitu dia terpaksa menulis bagi menutup ‘kesipuan’ diri dengan menyalahkan pihak yang tiada langsung kena mengena dalam cerita ini…

Pada pandangan penulis, selaku seorang yang sudah biasa keluar masuk ke istana negara suatu masa dahulu, apalah sangat undangan dari Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja itu, bukan? Tidak puas lagikah dia keluar masuk Istana Negara?

Kita juga maklum bahawa tuduhan dan cubaan mempolitikkan isu yang sepatutnya bebas politik ini merupakan satu penghinaan kepada Majlis Raja-Raja ekoran Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja adalah di bawah badan DiRaja itu.

Penulis agak hairan mengapa dia terkesan sangat dengan pembatalan undangan tersebut. Respon balasnya agak kebudak-budakan. Mungkinkah kerana faktor usianya yang sudah lanjut mengembalikan dirinya bagai ‘kanak-kanak sustagen’?

Pada hemat penulis, sudah tentu terdapat hikmah di sebalik pembatalan undangan pada majlis bertarikh 13 Disember ini. Bukankah tarikh tersebut merupakan ‘tarikh keramat’ bagi permohonan parti ‘cap bunga raya’ untuk menyertai Pakatan Harapan?

Dia sepatutnya berpandangan positif tentang hal ini. Sebagai seorang ‘negarawan’ yang kononnya memiliki keupayaan pemikiran tahap ‘super-duper genius’, dia harus pamerkan sifat positif di depan ‘macai-macai’nya supaya terus dikagumi, bukannya dengan bersikap seperti budak hingusan tidak dapat susu.

Penulis menyarankan supaya dia memberi tumpuan pada permohonan PPBM menyertai Pakatan Harapan pada 13 Disember ini. Jika perlu melobi menggunakan kepakaran Soros, maka mungkin dia perlu minta tolong dari ‘sahabat baik’nya itu.

Bukan apa. Penulis bimbang juga sekiranya DAP menolak permohonan PPBM untuk menyertai Pakatan Harapan. ‘Abang Besar’ itu bukannya boleh bertolak ansur sangat. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini kian banyak ‘puji-pujian’ lama terhadap DAP viral diimbas kembali, bukan?

Dia mungkin perlu memberi tumpuan pada Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng. Sudahlah dulu dilabel sebagai rasis, itu belum lagi diingat kembali segala kutukan selama lebih 22 tahun ketika ‘beraja’ sebagai Perdana Menteri dulu, bukan?

Mungkin juga dia kini harus belajar ‘merendah diri’. Jika DAP mahu seorang yang dia tuduh sebagai peliwat tidak bermoral dulu sebagai Perdana Menteri, dia harus akur. Jangan sesekali marah atau serang DAP jika parti itu tidak mahu anaknya jadi Perdana Menteri, buruk padahnya nanti…

Jadi, penulis mencadangkan kepadanya supaya bertenang. Jantung yang sudah berbateri itu usah dipaksa berdegup laju. Pujuklah DAP baik-baik. Mana tahu untung nasib jika DAP izinkan sertai Pakatan Harapan, rasanya jawatan Timbalan Menteri boleh dapat, paling kurang pun ahli majlis di Pulau Pinang. Senyum selalu…!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana