MAHATHIR WAJAR CONTOHI AHMAD RAZIF

1. Dalam keadaan Tun Mahathir sedang “mengamuk” marah jemputan ke Majlis Istiadat Pertabalan Yang Di Pertuan Agong ditarik semula, Tuanku Sultan Terengganu mengumumkan pemberian semula darjah kebesaran Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu Kehormat (DPMT) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Menteri Besar Terengganu.
2. Mahathir dan keluarganya mungkin perlu mengambil iktibar dan contoh teladan daripada Datuk Seri Ahmad Razif, Menteri Besar Terengganu ini.

3. Apabila Tuanku Sultan Mizan menarik pingat dan gelaran Datuk Seri pada tahun lalu, Ahmad Razif menerima dengan tenang dan terbuka sebagai hak dan kuasa baginda.

4. Jika malu tentulah malu bagi beliau. Namun beliau akur dan redha kehendak DYMM Tuanku Sultan.
Ini jauh berbeza dengan sikap, peminat nombor satu DAP sekarang, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang melenting apabila jemputan ke istiadat pertabalan YDP Agong ditarik balik.

5. Razif ditarik gelaran secara terbuka boleh redha dan patuh kepada DYMM Tuanku Sultan, Mahathir yang dimaklumkan secara sulit, menghebahkannya untuk “bergaduh”.

6. Tampak Mahathir kian hilang sinar negarawan dengan pelbagai kata-kata berunsur kebudak-budakan dan fitnah semberono.
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan kembali Darjah Kebesaran Negeri Terengganu kepada Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman.
 
Kurniaan tersebut membawa gelaran Datuk Seri.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Bernama hari ini.
 
Kenyataan itu berbunyi: “Setelah berunding dengan Dewan Pangkuan Diraja Negeri Terengganu adalah dimaklumkan Ke bawah Duli Maha Mulia Sultan telah mengampuni perkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z) kepada Yang Amat Berhormat Haji Ahmad Razif Abd Rahman berkuat kuasa mulai hari ini”.
Darjah kebesaran kepada Ahmad Razif ditarik balik pada 22 April lalu.
— BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana