Mahathir tiada lagi nasionalisme Melayu dalam perjuangan

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sudah tiada lagi perimbangan petua dalam perjuangan politiknya yang kelihatan mengikut selera semasa.

Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak pedulikan orang Melayu dan keutamaan bangsa apabila bersekongkol dengan DAP.

“Semua beliau nak cakap, sudah diluahkannya. Kini menjadi peranan Pergerakan Pemuda UMNO untuk menarik generasi Y dalam senarai penuh daftar pemilih.

“Saya percaya Khairy (Jamaluddin) yang mengetuai jentera Pemuda tidak ambil ringan perkembangan isu semasa sekarang terutama yang berkait dari ekonomi dapur (kos sara hidup),” kata beliau.

Rais yang pernah berkhidmat dan bekerja di bawah lima Perdana Menteri ditanya apa perasaannya apabila melihat Dr. Mahathir mengangkat tangan bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng dalam persidangan DAP di Shah Alam kelmarin.

Menurut Rais, pendirian ‘politik terbalik’ Dr. Mahathir bersekongkol dengan DAP turut mengejutkan sebahagian besar ahli pertengahan parti itu.

Beliau menarik perhatian sentimen yang diluahkan pensyarah undang-undang di Pulau Pinang, Shamsher Singh Thind dan anak perempuan mendiang Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo yang mempersoalkan kenapa Dr. Mahathir tiba-tiba mahu bersama DAP.

“Dr. Mahathir jelas jauh tergelincir perjuangan Melayunya sebab dalam perjuangan DAP, orang Melayu tidak ada sifir.

“Beliau tidak lagi memiliki nasionalisme Melayu dalam perjuangan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana