Mahathir pelupa terbesar dalam sejarah Melayu?

Memang mengikut protokol diplomasi, jika sesebuah negara berasa kurang senang cara negara lain menangani sesuatu isu antarabangsa, ia wajar membuat bantahan rasmi terhadap negara berkenaan.

“Ketika saya menjadi PM dan Aung San Suu Kyi ditangkap, saya tulis surat dan hantar seseorang bertemu beliau.

“Saya sendiri berjumpa pihak berkuasa Myanmar dan bawa mereka lihat kebaikan demokrasi kerana pada peringkat itu (antara eksekutif) kita tak perlu menunjuk perasaan,” kata mantan perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad.

Justeru itu, beliau berasa bingung mengapa Datuk Seri Najib Razak tidak menggunakan kuasa selaku perdana menteri, sebaliknya turut menunjuk perasaan bersama pemimpin PAS, di Stadium Titiwangsa Ahad lalu.

Mahathir merumuskan Perhimpunan bagi mempamerkan Solidariti Bersama etnik Rohingya, yang disertai Najib itu tidak mengikut kesopanan diplomasi.

Mahathir berhujah  bahawa tunjuk perasaan adalah suatu bentuk penentangan terhadap penguasa, bukan digunakan oleh penguasa terhadap penguasa lain.

“Hari ini saya menunjuk perasaan tetapi saya tidak lagi dalam kerajaan,” kata Mahathir menyindir dan meremehkan tindakan Najib itu.

Yang pasti perhimpunan solidariti itu bukan dianjurkan oleh kerajaan. Perkara ini sudah dijelaskan oleh Najib dalam perhimpunan agung Umno sehari sebelumnya bahawa pembabitan beliau ialah sebagai presiden Umno yang menentang kezaliman yang sedang berlaku.

Perhimpunan itu dikelolakan 200 badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu menarik perhatian badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) supaya menghentikan penghapusan kaum di Myanmar.

Persoalannya, sentimen rakyat Malaysia itu sudah pun dimaklumkan kepada pihak berkuasa Myanmar apabila isu “orang hanyut Rohingya” melanda negara-negara Thailand, Malaysia dan Indonesia kira-kira dua tahun lalu.

Bagaimanapun tragedi zalim itu seolah-oleh tidak diambil endah oleh kerajaan Myanmar. Sebaliknya, kekejaman yang dianggap penghapusan etnik terancang semakin memburuk.

Ini menimbulkan persoalan, apa lagi tindakan yang boleh diambil oleh kerajaan berdaulat seperti Malaysia. Kedegilan dan ketidakpedulian Myanmar adalah ketara dan boleh dirumuskan sama keangkuhan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Salah satu tindakan kerajaan Malaysia ketika itu dipimpin oleh Tun Dr Mahathir ialah menganjurkan perhimpunan solidariti rakyat Malaysia dengan nasib rakyat Palestin bersama pemimpin-pemimpin PAS.

Pada malam 9 Mei 2002, Di Dewan Bahasa dan Pustaka, Mahathir dan presiden PAS, Almarhum Datuk Fadhil Nor berkongsi pentas mengutuk kezaliman Israel. Peristiwa itu disiarkan secara langsung di televisyen.

Tidakkah Mahathir berkuasa membuat aduan dan bantahan rasmi pada badan-badan dunia supaya menghukum Israel menghentikan kezaliman mereka itu?

Tidakkah Mahathir dalam ucapannya menggunakan hujah bahawa solidariti rakyat Malaysia bersimpati nasib rakyat Islam Palestin? Tidakkah yang erat menghubungkan tindak tanduk perdana menteri Malaysia ketika itu ialah Islam?

Kini mengapa apabila Umno bekerjasama dengan PAS sekali lagi menunjukkan solidariti dengan rakyat Islam Rohingya di Myanmar Mahathir merumuskan bahawa demonstrasi adalah hak rakyat untuk memprotes kerajaan sahaja?

Beliau menjadikan pendiriannya sekarang sebagai seloroh bahawa hari ini beliau mengambil bahagian dalam demonstrasi jalanan kerana tidak lagi pemimpin kerajaan.

Memang Melayu mudah lupa. Tidakkah kenyataannya dalam kes ini menunjukkan beliau ialah pelupa Melayu terbesar dalam sejarah?

Sewajarnya, beliau melihat isu Rohingya ini sebagai satu isu kemanusiaan, sepertimana pendiriannya ketika menyertai himpunan solidariti untuk rakyat Palestin pada 2002.

Lanjutan itu, sewajarnya juga beliau mengambil inisiatif mengajak parti DAP yang tidak lagi “cauvinis” di matanya itu supaya turut menyertai himpunan berkenaan.

Apakah Mahathir khuatir rumusannya tentang DAP tidak lagi rasis itu silap dan bimbang DAP enggan turut serta kerana masih dihinggap penyakit Islamofobia hanya kerana mangsa kekejaman itu ialah orang Islam?

Berlaku jujurlah Mahathir. Cakap  siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Rakyat dapat membaca bahawa beliau kembali ke gelanggang politik bukan kerana mahu menyelamatkan Malaysia tetapi memastikan sejarah Malaysia moden berakhir dengan peletakan jawatannya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana