Mahathir, Mukhriz dicabar bertanding di Kubang Pasu

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar untuk bertanding di Parlimen Kubang Pasu, sekiranya benar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendapat sokongan termasuk daripada ahli-ahli Umno.

Perwakilan Pemuda Umno Kedah, Datuk Hasmuni Hassan juga menyuarakan cabaran yang sama juga terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir selepas pemimpin berkenaan mengkhianati perjuangan Umno.

"Kita tak akan biarkan, kita cabar agar mereka (Mahathir atau Mukhriz) bertanding di Kubang Pasu dimana orang-orang disana sentiasa setia kepada dia (Dr Mahathir).

"Ahli Umno selama ini mengorbankan kudrat mereka kepada parti, hari ini menitiskan air mata di atas pengkhianatan ke atas parti sang saka bangsa. Kita tidak akan benarkan," tegasnya di hadapan perwakilan ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda Umno di PWTC, petang tadi.

PPBM sebelum ini menyatakan kesediaannya untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang berbaki kurang dari setahun.

Mensasarkan banyak kerusi yang menjadi tradisi Umno-Barisan Nasional (BN) untuk ditandingi kelak, PPBM bagaimanapun 'tersepit' dalam kemelut pembahagian kerusi sesama pembangkang.

Dalam pada itu Hasmuni yang juga Ketua Pemuda Bahagian Kubang Pasu menepis skeptikal bahawa Umno itu eksklusif kepada pemimpin tertentu sahaja.

Sedangkan ia adalah milik seluruh ahli-ahli parti dan akan terus mendokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai ketua sayap itu.

"Parti ini bukan milik Najib mahupun Khairy. Ia milik penoreh, petani, getah, pemandu teksi dan kita semua di belakang Presiden dan Pemuda demi memastikan yang ianya akan terus diperjuangkan," tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana