MAHATHIR EGOIS...TIDAK MAHU MENGAKU KALAH

Mahathir adalah seorang yang bersikap egois dimana beliau sememangnya sangat terkenal dengan ego yang besar kerana sentiasa tidak mahu kalah dan sentiasa mahu menang dalam semua perkara dan dalam apa juga keadaan. Beliau akan bersikap agresif sekiranya gagal. Semua sedia maklum Mahathir terkenal sebagai seorang pemimpin yang mempunyai 'super ego' yang besar.

Mahathir mahu menjatuhkan dan menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Deklarasi Mahathir yang dilihat tidak berhasil dan tidak sah disisi undang-undang dan Perlembagaan sehingga ditolak oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Tidakkah Mahathir dan kroni-kroninya sedar bahawa mereka mengumpul sejuta tandatangan bagi diserahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong bagi menyingkirkan Perdana Menteri. Mahathir sendiri telah mencabut kuasa Raja-Raja Melayu dan bukan sahaja dengan sejuta tandatangan malahan dengan 10 juta tandatangan pun Mahathir tidak akan mampu mencapai matlamat berkenaan.

Mahathir tidak mempunyai sebarang pilihan selain daripada menyerang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dalam masa yang sama menumbangkan UMNO. Semasa Mahathir menjadi Presiden UMNO, jika ada orang melakukan kesalahan mereka bukan sahaja akan ditangkap di bawah tahanan ISA bahkan juga akan dilabel sebagai pengkhianat negara.

Mahathir memakai baju BERSIH muncul dalam video berdurasi 1 minit 37 saat menyatakan sokongannya terhadap BERSIH. Sebelum ini, semasa penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat demonstrasi pada tahun 1998 Mahathir menggunakan ISA (Internal Security Act) untuk menghalang demonstrasi, tetapi lihatlah sekarang ini apa sudah jadi dengan Mahathir, beliau sanggup membelakangkan prinsip beliau sebelum ini dengan muncul dalam klip video memakai baju BERSIH untuk mempromosikan BERSIH di laman media sosial.

Atas sikap keegoan Mahathir, Mahathir digelar MAHAFIRAUN. Mahathir merasai beliau sewajarnya merasa ego dan sehebat Firaun kerana Mahathir sanggup melakukan apa sahaja termasuk sabotaj dan menghalalkan apa sahaja cara asalkan dapat menjatuhkan dan menggulingkan Perdana Menteri dan Parti UMNO serta mencuba sedaya upaya untuk menaikkan anaknya menjadi Perdana Menteri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana