Mahathir bercakap mengikut nafsu amaran dan dendam...

Kenyataan Tun Mahathir Mohamad yang kononnya 700,000 warga asing akan diberi kerakyatan adalah salah satu strategi untuk memburukkan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selain cuba menakutkan rakyat.

Apakah Mahathir sudah terdesak sehingga melontarkan tuduhan tanpa membuat kira-kira berasaskan fakta. Kalau kita menggunakan logik akal, 700,000 bukan angka yang kecil bukan mudah untuk buat kerja ini seperti yang didakwa mantan Perdana Menteri itu, lagi satu dimana mahu sumbat 700,000 warga asing ini.

Jumlah penduduk Johor Bahru sendiri pun hanyalah dalam lingkungan 1 juta sahaja jadi bagaimana 700,000 warga asing ini mahu tinggal dalam negeri itu. Pertambahan penduduk di Johor akan berlaku secara mendadak dan pastinya ia dapat dikesan.

Sebelum ini Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah menjelaskan secara objektif bersandarkan kepada fakta. Semuanya sudah jelas dan tidak perlu lagi untuk saya membuat kira-kira menjelaskan sekali lagi pada  Mahathir.

Amat mengecewakan seorang bekas Perdana Menteri bercakap mengikut nafsu amarah mahupun dendam dengan memanipulasi angka bagi menakutkan rakyat dan tidak berpegang sama sekali pada fakta. Tidak layak bagi seorang yang dianggap negarawan mengeluarkan kenyataan tanpa asas.

Lupakah Mahathir bagaimana projek mega pelaksanaannya seperti KLCC dan Putrajaya suatu masa yang dianggap satu pembaziran. Namun, beliau menjawab secara objektif dan berfakta. Kenapa prinsip berkenaan sudah hilang hari ini.

Kenyataan tidak berasas Dr Mahathir ini membuka ruang kepada media barat untuk melebarkan persepsi buruk terhadap negara. Apakah Dr Mahathir sudah tidak pedulikan lagi perkara itu sedangkan beliau cukup anti media asing sewaktu pentadbirannya.

Kita boleh berbeza pendapat, kita boleh bertelagah dalam hal politik, namun biarlah bersandarkan fakta. Bercakaplah benar walaupun pahit. Dr Mahathir hendak berkawan dengan DAP, hendak peluk Lim Kit Siang pun tak kisah, tetapi jangan sampai mengikut perangai parti chauvinis itu.

Hari ini kerja-kerja 'jahat' yang sering dilakukan DAP bagi merosakkan imej UMNO-BN kini mula diambil alih Dr Mahathir. DAP kini sudah boleh duduk diam kerana Dr Mahathir sudah bekerja untuk mereka.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Datuk Sohaimi Shahadan
10 Disember 2016

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana