Lima kaedah subversif George Soros jatuhkan kerajaan didedahkan

Taikun Yahudi George Soros menggunakan lima kaedah subversif bagi memudahkan beliau menguasai negara-negara yang disasarkannya.

Penganalisis politik dari Amerika Syarikat (AS), Glenn Beck berkata, langkah pertama yang diambil Soros adalah mewujudkan kerajaan boneka yang berselindung di sebalik misi bantuan kemanusiaan.

Menurut beliau, Soros seterusnya menguasai media melalui penyaluran dana kepada stesen radio dan televisyen sedia ada atau membuka agensi media yang baharu.

“Langkah ketiga adalah mencetuskan ketidakstabilan dalam negara terbabit untuk melemahkan kerajaan serta meniup sentimen antikerajaan dalam kalangan rakyat.

“Ia dilakukan dengan mengeksploitasi krisis ekonomi atau mengambil kesempatan daripada krisis sedia ada,” katanya.

Beck yang juga seorang pengacara televisyen memberitahu, gerakan yang didalangi Soros turut mencetuskan krisis pilihan raya seperti menimbulkan isu penyelewengan berkaitan pengundi.

Beliau menambah, tindakan terakhir dalam perancangan Soros adalah penganjuran demonstrasi besar-besaran, protes dan mogok.

“Mereka melaungkan tentang isu penipuan pilihan raya dan memberi arahan kepada para penyokong tentang apa yang perlu dilakukan melalui stesen radio serta televi­syen yang dikuasai,” jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana