Lagi himpunan desak Guan Eng letak jawatan

GEORGETOWN: Lebih 20 individu berkumpul di luar Mahkamah Tinggi di sini, pagi ini bagi mendesak Lim Guan Eng meletak jawatan sebagai Ketua Menteri.

Kumpulan yang diketuai Kelab Penyokong Mamu Parpu, Muhsin Lateef itu membawa kain rentang yang bertulis 'Guan Eng letak jawatan' dan 'Kami mahu Chow Kon Yeow jadi Ketua Menteri'.

Memetik laporan BH Online, perhimpunan itu terkawal dengan kehadiran beberapa anggota polis di perkarangan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Himpunan itu diadakan berikutan pengurusan dua kes rasuah Guan Eng di Mahkamah Tinggi, hari ini.

Bagaimanapun, Guan Eng dilaporkan tidak hadir kerana berada di Kuala Lumpur atas urusan peribadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana