Korea Utara Pamer Kekuatan Unit Artileri

PYONGYANG: Korea Utara mengadakan latihan ketenteraan melibatkan lebih 100 unit artileri pada Khamis sebagai tanda bantahan terhadap sekatan yang lebih tegas dikenakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Akhbar rasmi Korea Utara, Rodong Sinmun melaporkan latihan itu sangat dahsyat sehingga kawasan di lokasi latihan bergegar dengan kuat.

"Tanah bergegar dengan kuat seolah-olah dilanda gempa bumi, ruang udara bergema seperti kilat sedang menyabung dan debu memenuhi ruang latihan.

"Sasaran latihan itu iaitu sebuah pulau, kelihatan letupan tidak henti-henti dan debu kuning juga memenuhi ruang udara," jelas akhbar tersebut menggambarkan situasi di lokasi latihan.

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un mengarahkan latihan itu diadakan sebagai serangan olok-olok untuk menghancurkan Korea Selatan.

"Serangan pertama kami telah menghancurkan hasrat mereka (Seoul) untuk berdepan dengan Pyongyang.

"Jika ada pihak yang cuba mengganggu Korea Utara, kami akan menghapuskan mereka menggunakan serangan artileri," katanya.

Berdasarkan sekatan terbaharu PBB, sektor perdagangan luar negara Korea Utara akan dikurangnya bagi mengekang program nuklear Pyongyang.

Sekatan terbaharu itu dilaksanakan susulan kedegilan Korea Utara menjalankan beberapa ujian nuklear pada tahun ini, selain mengadakan ujian peluru berpandu jarak jauh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana