KJ Memang Terbaik Bebbb!!!! Mukhriz tetap khianat walaupun dilantik Najib jadi timbalan menteri - Khairy

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyindir bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang 'mengkhinati' kesetiaan kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak sungguhpun pernah dilantik menjadi timbalan menteri ketika di bawah pentadbiran Perdana Menteri itu.

Menurut Khairy, Najib 'meminggirkan' beliau sungguhpun telah memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti, dan melantik Mukhriz yg tewas di tangannya untuk memegang jawatan timbalan menteri.

Tidak seperti Mukhriz yang digelarnya 'Boboi', ujar Khairy, beliau tetap memilih untuk istiqamah di bawah kepimpinan Najib sungguhpun 'dipinggirkan'.

"Ingat apabila penggal pertama waktu saya bangkitkan mcam-macam isu, saya tiada jawatan apa-apa. Saya ketua pemuda dan menang tapi saya disimpan dalam peti ais.

"Boboi yang kalah dengan saya dilantik menjadi timbalan menteri.. namun saya tak marah, saya tak kecewa, saya tak merajuk malah istiqamah dengan Presiden," katanya ketika ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2016 (PAU2016) sebentar tadi.

Mukhriz kini menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), sebuah parti yang ditubuhkan bekas pimpinan Umno yang diterajui mantan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika pembentukan kabinet di bawah pentadbiran Najib pada 2009.

Dalam pada itu, Khairy berkata Pemuda Umno berikrar untuk tidak akan berganjak daripada memberikan wala' atau ketaatan kepada Najib selaku presiden parti.

Ujarnya, adalah wajib untuk Pemuda menumpahkan wala' kepada Najib setelah hampir kesemua desakan yang dibangkitkan sayap itu khususnya suara orang muda, ditunaikan oleh pemimpin itu.

Beliau juga menafikan wala' yang diberikan Pemuda adalah ketaatan yang membuta tuli.

"Pemuda minta pembelaan untuk golongan pekerja dilaksana gaji minimum. Datuk Seri (Najib) laksanakan sebagai PM. Bila minta pinda AUKU supaya mahasiswa boleh bersama kita, dalam perhimpunan Umno Datuk Seri pinda AUKU.

"Tahun lepas bila kami melihat kesempitan kos sara hidup dan lain-lain, pasal kenaikan tol dan minta tak ada lagi kenaikan, minta diskaun, sekali lagi Datuk Seri bagi apa yang kita minta.

"Bila hampir semua desakan Pemuda dilaksanakan, wajib kita sokong Presiden kita.. Saya tak minta apa-ap untuk diri saya. Ini untuk rakyat.. saya tak minta dedak.," katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermiyati Samsudin mengulangi komitmen sayap pimpinannya untuk berdiri teguh di belakang kepimpinan Najib selaku Presiden parti dan Perdana Menteri.

"Kita yang di dalam ini jangan tambah beban.. kita memang terkesan dengan perbuatan dalam parti sebelum ini. Kita harus muhasabah dan perbaiki diri.

"Kita tak punyai pilihan melainkan untuk menang pilihan raya. Kemenangan tercapai jika saling membantu dan bekerjasama.. jadi tak kira berjawatan atau tak, masing-masing ada peranan," kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana