Kit Siang tuduh Umno dalang senarai kabinet palsu..Lihatlah UMNO Jugak Dituduhnya

SHAH ALAM: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menuduh Umno sebagai dalang mewujudkan senarai kabinet 'palsu', yang menyenaraikan beliau sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.

Kit Siang menyifatkan ia sebagai kempen serangan propaganda utama pendekatan gaya ala Nazi-'Big Lie' oleh Umno menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

"Kempen ini menjadi bertambah hebat oleh kerana telah dilancarkan sebelum, semasa dan selepas Perhimpunan Agung Umno (PAU) pada minggu lalu," katanya yang dipetik Malaysiakini.

"Saya berasa terharu dipuji kerana buat pertama kali saya diberikan jawatan PM, walaupun dalam tempoh 51 tahun, tidak pernah terlintas mahu menjadi perdana menteri Malaysia," katanya.

Dalam 'Barisan Kerajaan Baru 2017 - Pakatan Harapan DAP/PKR/PAN/PPBM' yang tersebar di internet, ia menamakan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai 'timbalan' Kit Siang.

Selain itu, ia juga menyenaraikan 22 pemimpin PH dan PPBM sebagai menteri yang menganggotai kabinet berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana