Kit Siang disaran buat laporan polis berbanding tuduhan

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata Penasihat DAP, Lim Kit Siang sepatutnya membuat laporan kepada pihak polis daripada menuduh UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengeluarkan iklan mengenai Kabinet bayangan yang didakwa bertujuan fitnah.

Kabinet bayangan yang membayangkan beliau sebagai perdana menteri itu sepatutnya tidak menjadi isu kepada DAP kerana perbuatan itu adalah sengaja dibuat-buat oleh DAP.

“Pembangkang bukan nak mengaku apa yang dia buat. Kalau apa yang dibuat mendapat sambutan rakyat maka dia kata dialah yang buat. Kalau kita tengok tak ada sambutan maka dia cari alasan itu kata UMNO atau BN yang buat.

noh n kit siang“Kalau betul tuduhan itu, DAP boleh lapor kepada polis dan siasat. DAP dah abis modal sebenarnya, dia nak hilangkan persepsi rakyat yang memang jelas anti perkauman,” kata Noh Omar.

Noh berkata demikian ketika ditemui media pada Malam Media Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2016 di Putrajaya pada Rabu.

Sementara itu, Noh yang juga Menteri KPKT turut menyelar kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa DAP adalah parti yang lebih baik daripada MCA.

Katanya Perlembagaan Parti DAP semasa dan selepas pemerintahan Dr Mahathir tidak pernah berubah.

Sebaliknya yang berubah adalah prinsip Dr Mahathir ketika dan selepas menjadi perdana menteri.

“Kalau Dr M kata DAP baik, di Selangor calon DAP yang menang mana ada daripada Melayu. Melayu DAP hanya jadi alat untuk kata DAP multiracial.

“Kalau kata DAP baik adakah Perlembagaan DAP tukar. Adakah masa Dr M jadi jadi perdana menteri Perlembagaan DAP lain? Bila dah kawan dengan DAP, DAP ada tukar Perlembagaan? Tak ada la pula tukar.

“Kalau Perlembagaan itu dari dulu sama seperti ketika dia tuduh DAP rasis kenapa tanpa tukar Perlembagaan dia kata DAP baik pula?” soal Noh.

Tindakan Dr Mahathir itu jelas Noh, hanya menjatuhkan imej orang politik.

“Lama-lama rakyat ketawakan politician, bila ada jawatan cakap lain bila tak ada jawatan cakap lain. Adakah politician pelakon.

“Bagi saya yang penting prinsip perjuangan kalau dia kata DAP rasis kenapa tiba-tiba kata DAP lebih baik,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana