Ketua Sami Buddha kecam keganasan terhadap Rohingya

Ketua Sami Buddha Malaysia, Datuk K. Sri Dhammaratana mengecam tindakan kumpulan sami yang di­dakwa beliau sebagai ‘palsu’ kerana sanggup melakukan keganasan terhadap etnik minoriti Islam Rohingya di Rakhine, Myanmar.

Memetik laporan The Star Online, Sri Dhammaratana menegaskan bahawa sami tulen tidak akan melakukan keganasan kerana bertentangan dengan prinsip dan ajaran agama Buddha.

“Kadangkala, ada pihak menggunakan sami ‘palsu’ atas sebab-sebab politik.

“Mereka dibiarkan memakai jubah (sami Buddha) dan melakukan perkara yang sami sebenar tidak akan sesekali buat. Keganasan tidak pernah digalakkan dalam ajaran Buddha, kami tidak sepatutnya membunuh benda bernyawa, termasuklah haiwan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gerakan sami radikal diketuai oleh kumpulan Ma Ba Tha yang menyemarakkan keganasan terhadap etnik Muslim Rohingya di Rakhine.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana