KENALI SOROS PENGKHIANAT NEGARA

George Soros seorang hartawan Amerika Syarikat (AS) menjadi sasaran penyokong Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang bercadang untuk mengadakan tunjuk perasaan terhadap penderma utama Parti Demokrat berkenaan kerana didakwa telah menyumbang kepada kekecohan menjelang pemilihan badan perwakilan pemilih pada pilihan raya yang lepas.

Menurut dakwaan Akhbar USA Today yang memetik kenyataan Rochelle Winther, yang menyatakan bahawa Rochelle Winther telah menyebarkan maklumat tentang Soros di media sosial dimana sejak keganasan yang meletus selepas pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, penyokong Trump percaya bahawa Soros adalah pihak yang menyumbang dana dalam tunjuk perasaan di Amerika Syarikat yang disalurkan menerusi Open Society Foundation (OSF) yang dikaitkan dengan Trump.

Soros sedang menghantar kumpulan-kumpulan tertentu untuk mencetuskan kekacauan dan keganasan tanpa sebab yang munasabah. Walau bagaimana pun Open Society Foundation (OSF) menafikan dakwaan melibatkan pelabur billionaire kelahiran Hungary itu yang merupakan seorang Yahudi apabila menyatakan bahawa Soros menyumbang sebanyak AS$12 bilion daripada harta-hartanya kepada kerja-kerja hak asasi manusia di seluruh dunia. Bukan itu sahaja malahan Soros turut menjadi sindiran dan herdikan netizen di laman media sosial yang menjadikan hartawan berkenaan sebagai fokus kepada kempen yang lebih tersusun dalam laman-laman tertentu Internet.

Malah terdapat kumpulan-kumpulan dalam laman media sosial Reddit yang mahukan memenjarakan Trump, dan merancang mengadakan tunjuk perasaan terhadap Soros di hadapan pejabat Soros Fund Management di Manhattan dan pejabat OSF di New York City dan Baltimore.

Open Society Foundation (OSF) menafikan dakwaan bahawa Soros membayar kepada penunjuk perasaan anti Trump. OSF mendakwa ia hanyalah rekaan cerita semata-mata dan ianya tidak benar sama sekali. OSF turut menyatakan bahawa banyak laporan palsu tentang Soros dan OSF yang dikatakan terlibat dalam membiayai tunjuk perasaan yang meletus di Amerika Syarikat selepas pilihanraya Presiden adalah tidak benar sama sekali.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak kumpulan yang terlibat dalam demonstrasi berkenaan dan kemungkinan besar terdapat beberapa pertubuhan yang dibiayai OSF terlibat dalam tunjuk perasaan berkenaan.

Melalui OSF Soros juga didakwa telah membiayai beberapa organisasi Bersih, Merdeka Center, dan Malaysiakini bagi menggugat keamanan dan keamanan serta kestabilan Negara Malaysia. Majlis Peguam mengaku menerima bantuan RM 53,757.13 (AS$15,000) sebagai geran daripada OSF seperti yang didedahkan dalam laporan DC Leaks baru-baru ini. Dokumen berkenaan turut menyebut usaha OSF mencampuri urusan politik negara yang bermula sejak tahun 2010 selepas Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan tugas sebagai Perdana Menteri. Antara yang disenaraikan menerima dana melalui OSF ialah Majlis Peguam dan Penang Institute, malahan Portal berita pro pembangkang Malaysiakini turut mengaku menerima geran daripada Open Society Institute (OSI).

Soros dikenali sebagai seorang hartawan yang mempunyai kepentingan peribadi. Justeru itu, sanggup melakukan apa jua untuk memenuhi kehendaknya termasuk mengkhianati negaranya sendiri. Oleh itu, tidak mustahil bagi Soros untuk membiayai dana bagi NGO-NGO di luar negara untuk tujuan yang sama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana