KECOH SELEPAS PERSIDANGAN AGUNG UMNO HENTAM MAHATHIR.. CAP BUNGA TAK PUAS HATI!!!

Bekas-bekas UMNO yang sekarang ini ralit mengulit dan mengasapdupakan Mahathir meluahkan sakit hati mereka apabila Mahathir menjadi sasaran dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Capang barangkali telinga mereka mendengar bagaimana Mahathir yang mereka sanjung dan mereka ketahui, amat disanjung sewaktu berada di dalam UMNO dahulu, kini menjadi karung sampah yang diisi pelbagai gelagat, lakonan dan amalannya yang selama berada di dalam UMNO, ditutup kejap-kejap agar tidak mengaibkan UMNO.

Kata mereka, persidangan agung UMNO seharusnya membawa masalah rakyat yang perlu diselesaikan oleh UMNO bukannya menghentam Mahathir. Malah UMNO seharusnya mengingati dan mengenang semula jasa-jasa Mahathir kerana UMNO yang ada pada hari ini adalah UMNO yang ditubuhkan oleh Mahathir.

Mereka lupa barangkali, pada tahun 1987-88, Mahathir adalah orang yang bertanggungjawab memecahbelahkan UMNO dengan menjadi Team B sebagai sasarannya. Hanya kerana kelompok beberapa orang pemimpin yang masih bersama-samanya, termasuklah Najib Abdul Razak, Mahathir kekal dengan jawatan Presiden tetapi masih rasa tidak selamat sehinggalah akhirnya 'memutuskan' bahawa UMNO asal perlu diharamkan apabila pengasas-pengasas dan pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu memilih untuk bersama-sama Tengku Razaleigh Hamzah, bukan bersama-samanya.

Mahathir memang tidak memecat mana-mana penentangnya, tetapi Mahathir melupuskan terus parti asal, sekaligus memecat keseluruhan ahli UMNO. Dia tubuhkan UMNO Baru dan hanya yang menyokongnya sahaja menjadi ahli UMNO  manakala yang menentang dan terpecat pula,  menyertai Semangat 46 yang ditubuhkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Selepas itu, apa yang tidak diumpat keji terhadap Tengku Razaleigh Hamzah dan Semangat 46. Kemudian apabila UMNO berpecah lagi dalam isu Anwar Ibrahim. Dan sekali lagi Anwar Ibrahim dan gerombolan PKRnya pula menjadi sasaran kecaman selain PAS.

Puak penyanjung UMNO mengakui budaya kecam itu bermula dari zaman Mahathir tetapi mereka cuba menghalalkannya dengan mengatakan, Mahathir jauh lebih baik berbanding Najib kerana Najib ada SIMPAN RM2.6 DALAM AKAUN PERIBADI.

Yang tidak mereka katakan ialah, pada tahun 1998 sehinggalah 2003, pelbagai pendedahan tentang Mahathir menyimpan lebih banyak dari RM2.6 bilion dalam akaun peribadi dan proksi telah dibuat termasuklah oleh Barry Wain, penulis buku Malaysian Maverick, tetapi berbanding Najib, Mahathir bukan sahaja tidak memberikan reaksi menerusi jawapan, bahkan cuba menyorokkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang dipaparkan oleh Barry Wain dengan mengharamkan buku berkenaan daripada dibaca dan ditatap oleh rakyat Malaysia.

Untungnya, pada waktu itu, media sosial tidak sehebat seperti sekarang. Jadi, Mahathir 'terselamat'. Hanya yang pernah membaca pendedahan yang dibuat oleh Barry Wain dengan pendedahan lebih RM100 bilion yang telah disonglap oleh Mahathir menerusi pelbagai kaedah termasuklah proksi dan projek penswastaan serta konsesi, berasa hairan, mengapa Mahathir masih terselamat meskipun dalam isu Bank Negara Malaysia kehilangan lebih RM30 bilion merupakan bukti nyata penyelewengan Mahathir.

Ada Akuan Bersumpah... ada laporan polis... ada laporan kepada BPR (sebelum SPRM) tetapi seperti dalam kes Perwaja Steel dan isu yang membabitkan saham untuk menantu Rafidah Aziz, ada campurtangan daripada Pejabat Perdana Menteri untuk menyenyapkan berita tersebut.

Sekarang, mereka meraung kononnya Mahathir tidak pernah berbuat curang kerana dia tidak pernah didedahkan, tidak pernah menyimpan RM2.6 bilion untuk peribadi memandangkan Mahathir tidak pernah mengaku dan mereka sendiri tidak pernah mendengar apa-apa pendedahan tentang itu.

Namun mereka yang aktif menentang Mahathir pada tahun 1998-2003 tahu, dakwaan tersebut hanyalah untuk menyedapkan hati perut sendiri sahaja!

Ia samalah seperti persoalan, mengapa Mahathir tidak pernah berani berhadapan dengan Barry Wain walaupun ketika kecoh tentang pengharaman bukunya, Barry Wain meminta untuk bersemuka dengan Mahathir. Malah Mahathir tidak pernah berani menyaman Barry Wain pun kerana pendedahan-pendedahan berkenaan.

Sedangkan lama sebelum itu, Musa Hitam dan Tengku Razaleigh yang cuba dimusnahkan oleh Mahathir, telah menyaman penulis buku The Challenger, Syed Hussin Al-Attas dan menang saman fitnah ke atas penulis serta bekas pengasas Labu Peram yang terkenal itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana