Kaw kaw kena Belasah Madey!!!! Tun M Di Kemuncak Kederhakaan Kepada Umno - Najib

KUALA LUMPUR: Seorang negarawan terbilang yang disanjung sekian lama dan kemudiannya berpaling tadah boleh dianggap ‘derhaka’ kepada parti, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata, kemuncak kederhakaan berlaku apabila bekas perdana menteri dan bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak bersekongkol dengan pembangkang dan musuh Umno.

“Dr Mahathir yang dulunya seorang negarawan terbilang, tapi kini sudah berpaling tadah terhadap parti yang pernah diterajuinya selama puluhan tahun.

“Hakikatnya, inilah kemuncak penderhakaan pada Umno, bangsa dan tanahairnya,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Khamis.

Perdana menteri berkata demikian sebagai mengulas tindakan Dr Mahathir yang kini tidak lagi bersama Umno dan dalam masa yang sama bekerjasama dengan pembangkang untuk menjatuhkan Umno dan kerajaan Barisan Nasional.

“Beliau yang pernah kita sanjung sebagai seorang tokoh dulu, kini telah tergamak dan terlibat dalam perbuatan keji dan bersubahat pula dengan pihak DAP, perhimpunan haram Bersih, Parti Amanah Negara, PKR dan lebih teruk dari itu bersekongkol dengan musuh-musuh luar negara seperti Soros yang pernah dibenci dan disuruh kita benci sebagai penyangak matawang,” katanya.

Bagaimanapun Najib berkata beliau akan terus setia bersama Umno dan menjadi pemimpin matang dan berjiwa besar dalam berdepan pelbagai tohmahan serta kritikan daripada pihak lawan.

Sambil menyatakan bahawa beliau tidak akan melupakan sumpah dan taat setia yang telah dilafazkannya sebagai pemimpin, beliau juga sempat menyindir Dr Mahathir yang sinonim dengan ungkapan ‘Melayu Mudah Lupa’.

“Tidak hairanlah kalau benda ini berlaku, kerana ada orang itu sendiri yang pernah menyebut, Melayu Mudah Lupa.

“Lalu, saya ingin bertanya sekarang ini, siapa sebenarnya Melayu yang mudah lupa itu? Pastinya bukan kita, kerana Melayu Umno yang sejati adalah Melayu yang setia dan mengenang budi, dan tidak mengkhianati parti,” katanya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment