Kan Banggang Tu Namanya....TUnjuk Kat Media Dulu!!!! Maria mungkin rosakkan bahan bukti polis - KPN

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menegur tindakan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah yang mungkin merosakkan bahan bukti, apabila memegang peluru ancaman yang dikirim kepadanya.

“Dia pula pegang nak tunjuk pada orang. Cap jari dialah yang kita dapat. Jadi kalau ada apa-apa, simpan, jangan usik, serahkan kepada kita untuk kita siasat.

“Jangan rosakkan bahan bukti yang ada. Sekarang apa kita nak cari lagi? Cap cari dia kita dapatlah,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Sehubungan itu, Khalid berkata pihaknya akan menyiasat ugutan bunuh dan peluru yang diterima Maria.

“Kita bukan duduk diam,” katanya.

Semalam, Maria berkata beliau menerima surat mengandungi ugutan bunuh bertulis “Last Warning, If Not R.I.P Marina & Family” berserta sebiji peluru hidup 0.45mm di rumahnya, selepas dibebaskan daripada tahanan polis 2 hari lalu.

Ancaman itu dipercayai dihantar pada malam 18 November lalu, hari sama beliau ditahan dan sehari sebelum himpunan Bersih 5.

Ia dipercayai ugutan bunuh ketiga yang pernah diterimanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana