Kalau tak kontroversi... bukan buku Pak Habib

Syed Hussein Al-Attas atau lebih popular dipanggil Pak Habib boleh ditemui di restoran Riverside PWTC setiap kali Perhimpunan Agung UMNO.

Penulis politik paling prolifik di Malaysia itu sudah menulis berpuluh-puluh buku mengenai berbagai tokoh politik.

Dah rasa macam-macam, termasuk kalah saman dengan bekas TPM Tan Sri Musa Hitam tidak lama dulu.

Pak Habib jenis orang yang kita tak boleh suruh... dia tulis apa yang beliau percaya benar.

Memang setiap kalau Perhimpunan Agung UMNO beliau akan lancarkan buku baru, yang ditulis mengulas isu semasa tahun berkenaan.

Sudah menjadi tradisi Pak Habib begitu dan tahun ini Pak Habib menulis dua buku mengenai dua pemimpin negara yang belot terhadap UMNO, Tun Mahathir Mohammed dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Fokusnya adalah untuk menyedarkan orang ramai mengenai dosa-dosa lampau mereka.

Buku ‘Dosa-Dosa Che Det’ dan ‘Muhyiddin Yassin Petualang’ mendedahkan dengan terperinci apa yang beliau tahu mengenai kedua-dua bekas pemimpin UMNO itu.

Menurut Syed Hussein, beliau perlu memberitahu perihal perkara sebenar yang melanda politik di negara ini khususnya yang melibatkan pucuk pimpinan PPBM itu.

“Kenapa saya tidak tulis buku tentang jasa-jasa Mahathir, selama 22 tahun dia jadi Perdana Menteri, lebih kurang 30 hingga 40 buah buku semua cerita tentang jasa-jasa dia.

“Kita sebagai penulis, kalau warna itu hitam, kita tidak boleh cakap ia warna biru atau hijau, kalau merah kita kata merah,” katanya.

Tambah beliau lagi, penulisan buku bukan hanya kontroversi, namun ia juga merupakan insiden yang benar-benar berlaku kerana beliau telah lama mengenali kedua pemimpin ini.

“Saya kenal mereka berdua ini sangat lama, kalau saya salah mereka boleh saman saya, mereka boleh bawa saya ke mahkamah.

“Buku saya memang kontroversi, kalau tak saya tak nak tulis,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana