Jangan Lupa AHAD Ini !!!! Himpunan Solidariti UMMAH Untuk ROHINGYA

Himpunan SOLIDARITI UMMAH UNTUK ROHINGYA yang akan diadakan pada Ahad 4 Dis 2016 di stadium Titiwangsa Kuala Lumpur yang bermula dari pukul 8-11 pagi memberi nafas baru untuk menzahirkan bantahan ke atas kerajaan Myanmar atas kekejaman mereka terhadap umat islam Ethnik Rohingya di bumi Myanmar.

Perhimpunan yang turut dihadiri Perdana Menteri Malaysia DS Najib Tun Abdul Razak , Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi , Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang yang dianjurkan oleh Ngo-Ngo Islam SeMalaysia di harap dapat memberi memberi message jelas juga kepada rakyat Malaysia agar bersatu memperjuangkan kemanusiaan tanpa mengira parti politik dan agama apa kerana tanpa sifat kemanusiaan dan tanpa amalan agama yang berlaku hanya kemusnahan. .

Setiap agama yang dianuti pasti akan menyeru kepada kebaikan tapi apa yang berlaku di Myanmar hingga saat ini , masyarakat Rohingya berterusan dibunuh, dihalau, dirogol dan dinafikan hak kewarganegaraan mereka untuk menjadi rakyat Myanmar oleh masyarakat Buddha. Genocide yang sudah berlarutan semenjak 2012 ini masih lagi berleluasa tanpa ada tindakan wajar oleh masyarakat Islam di dunia ini untuk menyelesaikan isu ini agar pembunuhan tidak lagi berlaku. *Apakah Kita Hanya Mampu Melihat dan berdiri kaku??

Mengapa kita terlalu takut dengan negara Myanmar dan membiarkan Genocide berterusan didepan mata??

Sampai bila harus kita, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin..ingin tetap berdiam diri, berlembut hati, dan merendah diri dalam menangani isu ini, sedangkan mereka sudah meragut darah daging saudara Islam kita disana. Bayangkan saat kita bergembira disamping keluarga tercinta dirumah, masyarakat Islam Rohingya dalam bermandi darah untuk meneruskan kehidupan.

Cukuplah! Hentikan segera segala hubungan diplomatik dengan Myanmar! Adakah nilai hubungan diplomatik itu lebih bermakna dan berharga daripada nilai nyawa umat Islam disana?

Batalkan semua perjanjian perdagangan bersama Myanmar. Kerajaan Malaysia diseru agar menutup dan menghalau kedutaan Myanmar pulang ke negara mereka. Myanmar juga wajar dikeluarkan dari pertubuhan ASEAN supaya mereka merasa akibat dari tindakan kejam mereka!

Salah seorang daripada wakil ,Tengku Izwan Fareed Tengku Ismail Ketua Kluster Penerangan Gerakan Merdeka Pencetus Revolusi (GEMPUR) juga lantang menyeru agar semua Muslimin dapat bersama mendoakan kesejahteraan dan keamanan masyarakat Islam di Myanmar. Moga pejuang2 Islam di Myanmar tetap tabah dan bersabar.

Beliau juga turut menyeru kepada pemimpin2 negara Islam yang lain, untuk sama2 kita memboikot hubungan diplomatik dengan Myanmar sehingga Genocide ini dihentikan!

Disamping itu beliau juga menyeru agar negara Islam seluruh dunia menggesa pemimpin Myanmar dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa, PBB supaya keadilan dapat ditegakkan dengan:

1. Menggesa agar kewarganegaraan orang Islam tidak lagi dinafikan di Myanmar.

2. Gubal dan semak semula Undang-Undang Kewarganegaraan Myanmar 1982 untuk mendapatkan keamanan seperti di Malaysia

Semoga usaha sekecil ini mampu membuka mata umat Islam yang lain, demi nyawa saudara kita disana.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment