Jamal 'Wakil' Rafizi Mohon Maaf Fitnah Shahrizat

KUALA LUMPUR: Sesi perbahasan usul ekonomi Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno terhenti seketika susulan kehadiran secara mengejut pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Jamal yang memakai baju-T merah membawa bersama sepanduk dengan wajah pemimpin PKR, Rafizi Ramli.Kehadiran beliau kononnya mewakili Rafizi untuk memohon maaf kepada Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kerana memfitnah beliau berhubung isu Pusat Fidlot Kebangsaan sebelum ini.

Sepanduk itu turut menyebut "Saya Rafizi Ramli @ Kaki Fitnah memohon ampun dan maaf kepada Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kerana telah memfitnah beliau dan kini saya menerima hukuman setimpal 18 bulan penjara.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu turut meluangkan masa kira-kira lima minit di atas pentas untuk bertemu Shahrizat.

Kehadiran beliau menjadi perhatian kira-kira 977 perwakilan sekali gus mengubah suasana di dalam Dewan Tun Hussein Onn.

Sejurus bertemu Shahrizat, Jamal meninggalkan dewan dengan tepukan gemuruh perwakilan.

Sebelum ini, Jamal turut mencetuskan beberapa kontroversi membabitkan Gerakan Baju Merah yang diterajuinya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana