Inilah DIkatakan Seorang Perjuang UMNO yang Sejati

Mengimbau kembali peristiwa itu yang disentuh Najib dalam ucapan dasar Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini, beliau berkata, sebagai sebuah negara dan parti yang mengamalkan demokrasi, setiap orang berhak menentukan siapa yang mereka ingin ikut.

“Saya tidak berkecil hati de­ngan Najib kerana tidak mahu ikut saya kerana saya tahu beliau seorang yang setia kepada parti pada masa itu, cuma saya rasa beliau buat pilihan silap dengan menyokong Dr. Mahathir,” katanya.

Najib dalam ucapan dasarnya hari ini berkata, keputusannya memilih Dr. Mahathir semasa pemilihan Presiden tahun 1987 adalah semata-mata kerana berpegang kepada prinsip wala’ dan tuntutan kesetiaan kepada seorang Presiden parti walaupun secara peribadinya, beliau sangat akrab dengan Tengku Razaleigh.

“Hinggakan Tengku Razaleigh ketika itu berkecil hati dengan saya atas keputusan saya dan pasukan yang memihak kepada Dr. Mahathir,” kata beliau sambil menegaskan akan menghormati Tengku Razaleigh sampai bila-bila.

Beliau berkata, Najib telah membuktikan bahawa beliau adalah seorang yang berjiwa besar, tidak berdendam dan berani berjuang dalam menakhoda bahtera UMNO meskipun terdapat se­rangan daripada pelbagai pihak termasuk Presiden parti terdahulu.

Sementara itu, Tengku Razaleigh berkata, orang-orang lama yang masih terlibat dalam politik seharusnya mengundur diri bagi memberi peluang kepada kepe­mimpinan sedia ada menjalankan tanggungjawab mengemudi pentadbiran negara.

Katanya, penglibatan Dr. Mahathir yang sudah 22 tahun memerintah tetapi masih aktif dalam politik dilihat mempunyai cita-cita tertentu.

“Saya sendiri sudah umumkan akan bersara tidak lama lagi, tetapi Dr. Mahathir kini sudah membawa arus politik yang lain jadi saya tidak boleh komen dengan lebih lanjut tentang penglibatan beliau dengan pembangkang dan apa cita-citanya,” katanya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana