Inilah Buruknya SIkap Pembangkang ni!!!! Ku Nan ulas penyebaran surat layang Zahid 'nak langgar' Najib

Malang sungguh... di zaman teknologi super canggih ini, ada lagi yang main surat layang untuk buat 'black ops'.

Orang kata melucukan apabila suruh jeneral Perang Dunia Pertama mengetuai Perang Dunia Ketiga. Dia ketinggalan dari segi taktikal dan strategi ketika zaman sudah berubah.

Bagi Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, penyebaran surat layang kononnya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan, dipercayai cubaan pihak tertentu untuk memecah-belahkan kepemimpinan negara dan UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata keakraban dua pemimpin itu dengan segala perancangan untuk membangunkan negara, mungkin menimbulkan rasa tidak senang hati sesetengah pihak.

"Mungkin ini cara mereka, termasuk juga kepada saya (selaku Setiausaha Agung UMNO), macam-macam fitnah yang ditaburkan. Jangan cuba nak lagakan kepemimpinan yang ada kerana pada pandangan saya, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri tiada masalah.

"Kita sokong Presiden (UMNO) tanpa berbelah bahagi dan tiada niat untuk menjatuhkan beliau. Pada kita, Datuk Seri Najib Razak seorang Perdana Menteri yang sanggup mendengar, menyelesaikan masalah masyarakat, membuat penambahbaikan dan sanggup menerima kesilapan lampau pemimpin terdahulu," katanya.

Beliau yang ditemui selepas melepaskan kira-kira 700 peserta Program Penutup Kayuhan Basikal Komuniti Putrajaya 2016, mengulas penyebaran surat layang yang kononnya ditandatangani Ahmad Zahid kepada semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk mendesak Najib meletak jawatan Perdana Menteri.

Katanya, UMNO dikenali sebagai sebuah parti yang bersatu dan disebabkan itu ada pihak cuba mengganggu keutuhan berkenaan. "Jangan terima fitnah ini dan kepada sesiapa yang menyebar, berhentilah, tiada gunanya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana