Ini Sebenarnya!!!! Muhyiddin, Shafie enggan letak jawatan sehingga dipecat

Untuk rekod kerana mungkin ramai yang lupa... bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal enggan meletakkan jawatan secara terhormat sehingga mereka digugurkan dari Kabinet.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Rahman Dahlan berkata, kedua-dua mereka juga sudah diberikan peluang sebelum itu oleh Datuk Seri Najib Razak untuk meletak jawatan secara terhormat jika tidak setujunya.

“Pada saat ramai orang berkata bahawa Muhyiddin dipecat daripada Kabinet kerana tidak bersetuju dengan cara 1MDB itu diuruskan, saya hendak beritahu kalau itulah alasan Perdana Menteri memecat mereka berdua ini, mereka sepatutnya dipecat sudah lama sebab mengkritik 1MDB sejak 2014.

“Sebab itu, sebelum mereka dipecat, Najib telah mempelawa mereka letak jawatan dalam Kabinet secara terhormat. Ini orang ramai tidak tahu bahawa Najib bukan pecat, meminta mereka letak jawatan kalau tidak setuju dengan kerajaan.

"Tetapi mengapa Muhyiddin dan Shafie tidak mengambil langkah yang lebih terhormat itu iaitu untuk letak jawatan,” katanya.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) itu berkata, Najib ketika mesyuarat Kabinet juga seringkali mengingatkan agar sekiranya terdapat anggota Kabinet yang mempunyai masalah dengan 1MDB boleh membangkitkan persoalan melalui Kabinet atau Majlis Tertinggi UMNO.

“Saya ada dalam Kabinet, setiap minggu Najib kata kalau ada masalah dengan 1MDB, boleh tanya tetapi menerusi landasan yang betul iaitu dalam Kabinet atau MKT UMNO. Tetapi bukan dibuat di luar sana kerana mereka berdua anggota jemaah menteri.

“Kalau tidak setuju, letak jawatan. Beliau dalam jemaah menteri mengatakan, kalau dah banyak kali saya nasihat atau cakap tetapi masih tidak bersetuju atau masih menimbulkan banyak kekeliruan, maka letak jawatan.

“Tetapi mereka tidak mahu letak jawatan. Apabila tidak buat demikian walaupun telah dipelawa untuk letak jawatan secara terhormat, maka Perdana Menteri tiada pilihan selain memecat mereka,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana