Habis Lah Kali Ini PKR!!!!! Kerusi Permatang Pauh, PAS bidas Nurul Izzah jangan menyibuk

PAS perlu bertanding di Permatang Pauh bagi membawa dasar politik dan pentadbiran Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Ini kerana menurut ketua Penerangan Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, PKR telah gagal menterjemahkan dasar itu selama mereka menjadi wakil rakyat di parlimen dan Nurul Izzah Anwar juga dibidas kerana sering menyerang parti Islam itu termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga terkena tempiasnya.

“Nurul tidak perlu mengharapkan PAS berunding di saat dia sendiri sibuk menyerang dan memperlekehkan kepimpinan termasuk Presiden PAS baru-baru ini,” katanya.

Terdahulu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menasihati PAS supaya berfikir kembali untuk bertanding di kerusi Permatang Pauh.

Ia kerana kata Izzah, PAS seharusnya perlu fokus melawan Barisan Nasional dan tindakan tersebut hanya akan mengelirukan pengundi di kawasan itu.

“Saya rasa dia (PAS Permatang Pauh) patut fikirkan semula keputusan mereka dan fokus berlawan BN,” ujar Izzah.

Namun Khairuddin menjelaskan, Di saat PKR minta PAS tak kacau mereka di kerusi parlimen mereka pula membiarkan PAN mengacau kerusi PAS.

“Jika PAS berunding PKR untuk kerusi permatang pauh apa jaminan PAN yg menjadi rakan sekutu PKR sekarang dalam PH tidak meletakkan calonnya menentang PAS.

“Jika itu berlaku PKR akan untung kerana “makan keliling”,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana