GILIRAN ORANG CINA PULA BIDAS MAHATHIR “MUDAH LUPA”

Segala tindak tanduk Mahathir kini menjadi perbualan ramai. Apa tidaknya, hampir apa yang diperkatakan oleh dirinya, berulang-ulang selama 22 tahun kini telah bertukar sama sekali. Kalau PAS suatu ketika dahulu secara sinikal terkenal dengan “U-turn”, Mahathir mungkin boleh diklasifikasikan sebagai gentayangan, berlegar dan tersangkut di “roundbout” dalam pencarian arah dan mencapai matlamatnya.

Setiausaha Agung MCA, Ong Ka Chuan tampil menempelak Mahathir yang baru-baru ini mendakwa DAP lebih “Malaysian” dari MCA. Disifatkan mudah lupa dengan apa yang telah disumbangkan oleh MCA sepanjang 22 tahun pentadbiran mantan Perdana Menteri itu, Ong secara sinis cuba mengingatkan Mahathir, jika terlupa, MCA juga antara yang terbabit dalam penyediaan perlembagaan negara yang meletakkan keharmonian dan kerjasama antara kaum sewaktu menuntut kemerdekaan dahulu.

Sejarah juga membuktikan, bagaimana MCA setia bersama Mahathir dalam saat-saat sukar politik negara pada tahun 1988, apabila UMNO diisytiharkan haram, MCA telah menyandang jawatan Pengerusi Barisan Nasional sebelum menyerahkan jawatan tersebut kembali kepada UMNO baru kendalian Mahathir.

Tahun 1998 menjadi saksi, bagaimana Mahathir terus mendapat sokongan MCA sewaktu Anwar Ibrahim memilih untuk menjemput campurtangan IMF dalam menyelesaikan krisis matawang negara. Tatkala era reformasi, kesetiaan MCA kepada Mahathir tidak pernah berbelah bahagi.

Inilah permuafakatan Barisan Nasional, yang menjadi tunjang perikatan antara komponen parti. Sungguh pun terdapat perbezaan pendapat yang kadang-kadang mencipta suasana tegang, setiakawan dan semangat Barisan Nasional tidak pernah dilupakan oleh MCA.

Demi untuk menghalalkan kehadirannya yang disambut suam-suam kuku oleh penyokong DAP, Mahathir melabelkan kesetiaan MCA kepadanya dan Barisan Nasional sebagai “boneka UMNO”. Boneka UMNO, atau boneka Mahathir?

Di bawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak, semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh MCA sepanjang bergelar rakan komponen, dibalas dengan rasa kebersamaan. Dengan sokongan pengundi yang merundum ke atas MCA, Pengerusi Barisan Nasional tetap tidak meminggirkan MCA, dan masyarakat Cina dari segala aspek. Nampaknya, Najib Razak lebih tahu menilai persahabatan dan berhati perut berbanding “si mudah lupa”.

Politik Mahathir, it is all about him, not others. Ingat Malaysia dia punya..
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment