Gelombang Jihad Kebenaran tangkis politik kebencian

Konvensyen Penerangan Media 2016 yang julung kali diadakan pada Perhimpunan Agung UMNO tahun ini bertujuan untuk memantapkan jentera anggota parti yang memegang portfolio penerangan bagi kesiapsiagaan menghadapi pilihanraya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa berkata konvensyen ini juga bertujuan untuk mencetuskan Gelombang Jihad Kebenaran bagi memerangi fitnah, kebencian dan pecah belah yang cuba disebarkan dalam parti UMNO.

"Konvensyen yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk memantapkan jentera parti yang memegang portfolio penerangan bagi menghadapi PRU akan datang.

"Tidak keterlaluan jika saya katakan, jentera penerangan merupakan saf hadapan di dalam parti kerana bertanggungjawab menyebarkan fakta benar berhubung isu yang dimainkan oleh pihak pembangkang terhadap parti.

"Oleh itu, Gelombang Jihad Kebenaran perlu ada bagi memerangi fitnah, kebencian dan pecah belah dalam parti ini," katanya kepada pemberita di sidang media selepas perasmian kovensyen tersebut di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC pada Selasa.

Konvensyen tersebut turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dan Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani.

Tambahnya, saf hadapan parti ini juga perlu memiliki semangat jihad yang tinggi kerana ia merupakan satu pekerjaan yang murni bagi menepis persepsi negatif yang dibuat pihak pembangkang.

"Gelombang ini merupakan pekerjaan yang murni kerana bertindak menepis fitnah, kepalsuan dan kebencian dan pastinya ia memerlukan komitmen yang tinggi.

"Kebenaran dan kekuatan perlu dipikul oleh ahli parti yang memegang portfolio penerangan. Sehingga kini 80 ribu ahli penerangan dari negeri, bahagian dan cawangan yang telah dilantik. Jika gelombang ini dapat digerakkan dengan strategi yang telah dibuat, maka modusoperandi dapat dicapai menjelang pasca PAU2016," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana