ELAK TERPEDAYA DENGAN FITNAH!

Apabila pihak Istana Negara membatalkan jemputan kepada Mahathir Mohamad dan Annuar Musa ke Majlis Upacara Mengangkat Sumpah YDP Agung yang baru pada hari Selasa 13 Disember 2016 ini, maka para penyokong dan macai Mahathir segera menuding jari kepada Najib. Konon Najiblah yang telah mempengaruhi Istana Negara untuk berbuat demikian.

Tetapi ramai yang tidak tahu sejarah hubungan Istana Kelantan dengan Mahathir dan Anuar memang tidak berapa nak baik. Peristiwa kerita Lambourginie (maaf kalau salah ejaan) dan Perisytiharan Sultan Kelantan di Ketereh adalah punca sebenar pembatalan kedua-dua jemputan tersebut. Pihak Istana Negara tidak menyedari perkara tersebut di atas sehinggalah apabila senarai jemputan dipersembahkan kepada DYMM Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung yang baru untuk mendapat perkenan baginda dan pada ketika itulah perkara itu disedari.

Sebagaimana kuasa Sultan Terengganu yang menganugerahkan semula gelaran Dato Seri kepada MB Terengganu, begitu jugalah YD Agung berhak memilih sesiapa sahaja tetamu yang akan hadir dimajlis-majlis rasmi baginda.

Saya berharap sangat semoga penyokong Mahathir termasuk Marina dan para macai membaca sejarah terlebih dahulu dan bukan hanya tahu nak berbohong, spin dan memfitnah.

DAULAT TUANKU!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana