Drama Ugutan Bunuh Lagi, Bosan Sungguh Psywar Pembangkang

Mungkin kita sudah terlupa entah berapa kali kita disajikan dengan “drama” ugutan bunuh oleh baik pembangkang, atau pro pembangkang yang mengaku sebagai NGO.

Majlis Peguam, penganjur program “Saya Nak Sentuh Anjing”, dan tentu sekali DAP, menjadi sangat terkenal dengan “rintihan” sebegini, yang tentunya bermotifkan untuk meraih simpati.

Barangkali untuk meneruskan kesinambungan “psywar” ini, kini Marina Chin pula mendakwa terima ugutan bunuh oleh pihak yang tidak dikenali. Modus operandinya pun hampir serupa, iaitu kiriman peluru dan nota putih bertintakan dakwat merah. Sangat sinonim dengan plot-plot drama sebelumnya, bukan?

Apa yang hendak dihairankan jika Marina Chin “terpilih” untuk membintangi drama berkenaan, kerana sewaktu BERSIH 5 tempohari pun, kita menyaksikan bagaimana pimpinan DAP dilihat mengepalai gerombolan-gerombolan baju kuning. Drama DAP dan peluru sudah lama ke udara, maka bukanlah sesuatu yang janggal jika BERSIH pula mengikut acuan yang sama.

Marina sudah pun ditahan oleh pihak berkuasa, dan tentu akan ada tindakan susulan. Rasanya, tiada mana-mana pihak yang akan cuba mengambil tindakan di mana pihak berkuasa sudah dan akan menjalankan tugasnya. Apatah lagi ramai pemerhati bersetuju, himpunan BERSIH semakin hambar sokongannya. Buang masa sahaja hendak membuat ugutan. Tiada untung!

Melainkan pihak-pihak yang cuba untuk berada di dalam radar media dan kekal releven dengan cara memanjangkan isu ini. Pandai pula cuba gambarkan dirinya adalah mangsa, walhal pemangsa.

Sudah-sudahlah menarik simpati rakyat atas kesalahan sendiri melanggar undang-undang negara. Cukup-cukuplah mengheret rakyat dalam permasalahan ini. Biar sahaja undang-undang menjadi penentu, kerana kita percaya, apa juga keputusan mahkamah, akan tetap dihormati dan didaulatkan.

Kecuali lah golongan anarki, dan tidak mahu patuh kepada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana