DR MAHATHIR KUTUK PAS DI PENTAS PAN...JENIS MANUSIA YANG TAK SEDAR DIRI

Dr Mahathir secara sinis berkata, PAS keliru kerana pada masa ini mereka merupakan sebahagian daripada pentadbiran kerajaan Selangor yang turut disertai oleh DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

“Saya rasa mereka (PAS) kena tetapkan keputusan, kita tunggu mereka dan kemudian kita akan putuskan… sama ada mereka mahu parti mereka saja, bersama Umno atau kita pembangkang termasuk termasuk DAP dan Amanah.

“Mereka keliru, ada masa mereka pembangkang, tetapi ada masa bersama dengan Umno. Kita kena tunggu mereka sampai tak keliru,” katanya pada sidang media selepas perasmian Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) semalam.

Namun Dr Mahathir menegaskan beliau perlu berunding dengan pemimpin PPBM terlebih dahulu untuk menentukan tempoh masa menunggu keputusan PAS.

“Saya perlu runding dengan jawatankuasa kita dahulu. Saya bukan diktator,” katanya.

Dr Mahathir juga menegaskan mana-mana pihak yang berusaha mewujudkan pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang sebenarnya menyokong BN.


Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pula berkata, gabungan semua parti pembangkang bertujuan untuk mereformasi Malaysia bagi memastikan pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digantikan dengan pimpinan alternatif lebih baik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana