Dr M cemburui PAS-BN bekerjasama..Sesama Islam Pun Dengki...Parah Lah Gini Madey Ni

Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya tidak berpuas hati dan mencemburui langkah PAS untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional dengan menghentam langkah menyertai himpunan untuk masyarakat Islam, Rohingya hujung minggu lalu.

Mahathir membidas dengan mengatakan PAS keliru apabila tidak menyedari parti itu sebenarnya juga pembangkang tetapi pada masa sama sanggup bercium dengan kerajaan, ia merujuk kepada kejayaan PAS dan UMNO bersama dalam himpunan baru-baru ini.

“Seperti yang saya katakan tadi, mereka keliru. Pada satu segi kata mereka ini pembangkang, tapi segi lain bercium satu sama lain, berdemo bersama, kejap (berada) dalam kerajaan.

“Mereka kata tak mahu DAP dan AMANAH tapi bekerja dengan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) dalam kerajaan negeri Selangor. Ini keliru.

“Kita kena tunggu sampai mereka tidak keliru,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian di sidang media bersama pimpinan Pakatan Harapan di Konvensyen Nasional PAN di Shah Alam pada Sabtu.

Semalam PAS membayangkan menolak hubungan dengan PPBM jika serpihan UMNO itu menyertai gabungan pembangkang Pakatan Harapan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata mereka telah menjelaskan bahawa PPBM boleh bersama dengan syarat tiada hubungan langsung PAN dan DAP.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata, parti itu buat masa ini sedang giat memperkasakan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berbanding kerjasama berkenaan.

Minggu lalu, Dr Mahathir berkata BERSATU dan parti pembangkang yang lain akan meninggalkan PAS dan tidak akan menunggu lebih lama dalam mengatur gerak kerja bagi menghadapi UMNO dan BN dalam PRU14.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana