DAP kecewakan Dr M, sokong Anwar jadi PM

Tun Dr Mahathir Mohamad yang mungkin menaruh harapan DAP akan menyokong Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri (PM), bagaimanapun ia dikecewakan selepas mereka memilih bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon mereka.

pada Ahad secara terbuka mengisytiharkan menyokong Anwar sebagai calon PM jika Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14 nanti.

“Tetapi kami sentiasa menyokong orang Melayu jadi PM, terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jadi DAP tak akan kuasai kerajaan jika pakatan pembangkang menang, tetapi akan jadi rakan kongsi yang adil dan bertanggungjawab,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam ucapan dasar di Persidangan Tahunan DAP 2016, di Shah Alam.

Guan Eng tidak menamakan mana-mana calon daripada parti yang diasaskan oleh bekas perdana menteri itu.

Dr Mahathir hari ini hadir ke persidangan DAP bersama pemimpin pembangkang lain, kali pertama dalam sejarah politiknya sejak meninggalkan UMNO.

Dalam pada itu, Dr Mahathir juga mengumumkan PPBM bakal menyertai gabungan pembangkang tersebut tidak lama lagi bagi menentang Barisan Nasional (BN).

“Pilihan raya bukannya tentang UMNO melawan DAP, tetapi Barisan Nasional melawan Pakatan Harapan, termasuk PPBM yang akan turut menyertainya sedikit masa lagi,” jelasnya.

Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP dan PAN (Parti Amanah Negara).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana