Dakwaan Malaysia Bankrap Sekadar Serangan Politik

Dakwaan kononnya Malaysia akan bankrap dan sebuah kerajaan yang gagal hanyalah sebagai serangan politik kerana ianya tidak disokong fakta dan kenyataan yang sahih.

Perdana Menteri Dato' Sri Najib yang juga Menteri Kewangan turut membidas tanggapan sedemikian yang merupakan dakwaan oleh sekumpulan kecil berkepentingan untuk memburukkan imej negara dan dilihat lebih bermotifkan politik.

Rakyat perlu lebih bijak menilai dengan menganalisis fakta dan kenyataan yang datangnya dari pihak yang tidak berkepentingan seperti agensi penarafan, Bank Dunia dan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) untuk mendapatkan kepastian dan rujukan.

Daripada ulasan dan penilaian pihak yang tiada kepentingan ini lah yang perlu dijadikan panduan dan rujukan kerana analisis mereka itu adalah sebenarnya lebih tepat daripada apa sahaja yang didakwa oleh mana-mana pihak yang bermotifkan politik.

Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun yang baru-baru ini pulang daripada menghadiri persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menyatakan beliau ada bertemu dengan wakil agensi penarafan seperti Moody’s dan juga Pengarah Urusan IMF Christine Lagarde ketika di Lima, Peru.

Sekiranya negara kita menjurus kepada ekonomi yang akan bankrap, sudah tentu badan penarafan seperti Moody’s yang hadir pada persidangan tersebut akan memberitahu perkara ini kepada delegasi persidangan Malaysia untuk melihat keadaan ini yang dikatakan akan membawa kepada kemudaratan kalau kita tidak melakukan sesuatu. Lagarde dari IMF juga tidak membayangkan bahawa negara Malaysia berada dalam keadaan krisis.

Pada sesi dialog tidak rasmi pemimpin APEC bersama Lagarde di Peru minggu lepas, IMF menyokong langkah yang diambil ke atas mata wang Malaysia, selain menyatakan pergerakan nilai ringgit adalah di luar kawalan.

Lagarde menyokong apa yang Malaysia lakukan iaitu pengapungan mata wang sebagai barisan pertahanan terbaik disebabkan apa yang berlaku pada ringgit adalah di luar kawalan.
Perdana Menteri Dato' Sri Najib turut berkongsi perbualannya dengan bakal Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump pada 27 Nov lalu yang turut menyifatkan Malaysia mempunyai ekonomi yang baik berikutan perkembangan ekonomi negara yang berkembang 4.3 peratus pada suku ketiga tahun ini.

Berdasarkan kepada reaksi-reaksi positif individu penting seperti Donald J. Trump, Pengarah Urusan IMF Christine Lagarde dan wakil agensi Moody terhadap situasi ekonomi negara, jelas sekali ini adalah petanda baik bahawa keadaan ekonomi negara yang masih ditahap terkawal, stabil dan pada landasan yang betul.

Secara umumnya, negara kita tidak akan bankrap tetapi kumpulan-kumpulan tidak bertanggungjawab sebenarnya bankrap idea dan bertindak sedemikian untuk menjejaskan reputasi serta imej negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana