Cita-cita Mahathir hanya mahu anaknya jadi PM...Benarlah Yang APa Dikata Selama ini?

Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tunduk kepada desakan Tun Mahathir Mohamad terutama selepas anaknya, Datuk Seri Mukhriz ditolak akar umbi dalam pemilihan lalu, menyebabkan bekas Perdana Menteri itu merancang menumbangkan Presiden UMNO melalui rampasan kuasa politik.

Bagaimanapun, Naib Ketua Pemuda UMNO, Senator Khairul Azwan Harun berkata, tindakan Mahathir itu dapat dibaca dan digagalkan.

Beliau berkata, cita-cita Mahathir hanya satu iaitu bagi memastikan Mukhriz menjadi Perdana Menteri.

"Apabila gagal memperalatkan UMNO bagi menjadikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir sanggup berbuat apa saja termasuk bersekutu dengan DAP.

"Kita hanya perlu tunggu dan lihat saja apa yang akan berlaku apabila mereka ini (DAP) enggan menaikkan Mukhriz sebagai calon Perdana Menteri," katanya menerusi kenyataan.

Khairul Azwan berkata, kepimpinan dan akar umbi UMNO bersepakat untuk meletakkan kepentingan parti serta rakyat dengan menolak agenda politik Mahathir itu.

"Najib yang enggan menjadi tebusan politik Dr Mahathir kini dihentam teruk kerana mendahulukan kepentingan rakyat dan parti.

"Namun, lihatlah nanti setakat mana pakatan bersama DAP ini yang hanya berasaskan kepentingan politik dapat bertahan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana