Ambil Kau Madey.....PAS tak perlukan PPBM, PH

SHAH ALAM: PAS akan terus menjadi pembangkang yang konstruktif dengan memegang prinsip berpolitik secara matang dan sejahtera, justeru ia tidak memerlukan kerjasama dengan 'pembangkang' yang bermain dengan politik kepartian sepanjang masa.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, oleh itu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) boleh saja terus bergerak ke depan menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) tanpa perlu menunggu PAS.  
 
"PAS tidak perlukan PPBM. Mereka boleh sahaja bersama PH. PAS menerajui Gagasan Sejahtera sebagai satu lagi blok politik pembangkang. Menerusi Gagasan Sejahtera, PAS membawa politik matang dan sejahtera yang mengkritik dasar-dasar kerajaan dan memberikan cadangan penyelesaian.

"Dalam masa yang sama boleh sahaja bekerjasama dengan kerajaan persekutuan dalam isu-isu bersama melibatkan kebajikan rakyat dan kepentingan Islam dan umatnya," katanya dalam satu kenyataan menerusi aplikasi Whats App kepada Antarapos.

Khairuddin dalam pada itu menempelak kenyataan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengugut akan meninggalkan PAS sekiranya parti itu tidak memberikan komitmen untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangka diadakan pada tahun depan.

"Dr Mahathir baru sahaja belajar menjadi pembangkang. Beliau boleh belajar menjadi pembangkang tegar seperti Pakatan Harapan yang membangkang apa sahaja dan bermain politik kepartian sepanjang masa," sindir beliau.

Dr Mahathir pada Konvensyen DAP, Ahad lalu berkata PPBM dan parti pembangkang yang lain tidak boleh menunggu PAS lebih lama lagi untuk mengatur strategi menghadapi BN pada PRU14.

Malah mantan Perdana Menteri itu turut melempar tuduhan kononnya keengganan PAS menyertai PH kerana mempunyai hubungan politik dengan Umno-BN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana