Alhamdulilah!!!! Yusuf Al-Qardawi puji sikap tegas kerajaan Malaysia

Di sebalik pertikaian oleh pembangkang di Malaysia, Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardawi memuji sikap kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengambil pendirian berani serta tegas dalam menentang kezaliman yang berlaku di Myanmar.

Dalam masa yang sama beliau mengecam sekeras-kerasnya kezaliman dan pe­nindasan ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar.

Beliau turut melahirkan rasa sedih kerana masyarakat antarabangsa dan dunia Islam mengetahui mengenai perkara tersebut tetapi tidak ada sebarang tindakan segera diambil untuk membantu mereka.

Di samping itu, beliau turut sependapat dengan Naib Presiden kesatuan itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu masyarakat antarabangsa me­ngambil pendekatan diplomasi secara lebih menyeluruh dan tegas untuk menghentikan penindasan yang berlaku di Myanmar.

Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan rasmi yang dihantar kepada pejabat media Kesatuan Ulama Islam Sedunia cawangan Asia Tenggara semalam dan turut dimuat naik dalam blog ulamasedunia.

Ahad lalu, Najib dan Abdul Hadi berada di atas satu pentas dalam majlis Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya sebagai menentang penindasan terhadap rakyat Rohingya dan mengecam peng­hapusan etnik yang sedang berlaku di Myanmar.

Dr. Yusuf turut menghargai dan menyokong pendirian Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang turut mengecam penindasan ke atas rakyat Myanmar dan desakan agar bantuan kemanusiaan dibenarkan untuk memasuki negara itu.

“Kesatuan Ulama Islam Sedunia mengisytiharkan hari Jumaat depan sebagai Hari Membela Rakyat Rohingya, kami menyeru agar para kha­tib di seluruh dunia membica­rakan tentang bantahan ke atas kezaliman yang berlaku ke atas umat Islam Rohingya,” tegas beliau dalam kenyataan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana