Akar umbi DAP juga tak puas hati Dr M hadir konvensyen...Madey Still Buat Bodoh Jugak

 Selepas kehadiran mengejut Tun Dr Mahathir Mohamad semasa Konvensyen Kebangsaan DAP minggu lalu, beberapa pemimpin akar umbi parti itu melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kehadiran bekas perdana menteri tersebut yang suatu ketika dahulu adalah musuh mereka.

dr-m-dapPemimpin veteran DAP, Sim Tong Him yang dipetik dalam portal berkata tindakan Dr Mahathir hadir ke konvesyen mereka akan memberi persepsi buruk pengundi Cina kepada mereka dan lebih menghairankan DAP boleh membenarkannya hadir pula.

“Saya tidak fikir ianya perlu, ini memberi tanggapan yang kedua-dua pihak menggunakan satu sama lain… Sebanyak manakah beliau (Mahathir) boleh membantu mengurangkan prejudis orang Melayu terhadap DAP?

“Saya rasa, memandangkan BERSATU bukan dalam Pakatan Harapan, maka ia menjadi ganjil jika kita membenarkan Mahathir dan (presiden PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri (Konvensyen DAP),” kata Tong Him yang juga Ahli Parlimen Kota Melaka.

Tong Him berpendapat parti itu tidak sepatutnya menjemput Mahathir ke konvensyen berkenaan.

“Ramai yang bimbang tentang Mahathir. Ini mengecewakan mereka dan mereka mungkin jadi pengundi atas pagar. Parti patut beri perhatian terhadap perkara ini.”

Rasa tidak puas hati itu juga dikongsi ADUN Sri Tanjong, Chan Foong Hin mengingatkan bahawa langkah itu sebaliknya mungkin boleh menakutkan pengundi tradisional Cina parti itu, terutamanya disebabkan oleh rasa tidak puas hati berhubung tanggapan terhadap bekas perdana menteri itu sewaktu pentadbirannya.

Menurut ADUN dari Sabah itu, pemimpin tempatan Kadazan tidak dapat memahami mengapa Mahathir sedang bekerjasama dengan DAP kerana bekas PM itu dilihat sebagai mendalangi projek IC, walaupun mereka percaya dengan ‘kebijaksanaan’ Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

“Di segi rasional, DAP mesti bekerjasama dengan Mahathir. Tetapi orang ini (Mahathir) telah menyakitkan kita sebelum ini terutama bagi masyarakat Kadazan… terima kasih kepada ‘projek’ Dr M,” tambahnya.

Juga dikenali sebagai projek ‘M’ untuk huruf pangkal namanya,Dr Mahathir didakwa terlibat dalam kontroversi Projek IC, yang memberikan kewarganegaraan kepada pendatang asing, kebanyakannya Muslim, dan menjadikan mereka pengundi dan membolehkan penguasaan berterusan Umno Sabah sejak 1994.

Tetapi Dr Mahathir menafikan sebarang pengetahuan mengenai projek seumpama itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana