Zuraida Mahu Saman Jamal...Kita Tengok Sapa Yang Kena

PETALING JAYA: Ahli Parlimen PKR-Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau akan menyaman ketua kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos di atas dakwaan yang dibuatnya menerusi satu laporan polis pada Ahad.

"Bukti ada di sana untuk semua lihat. Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap beliau berdasarkan bukti," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Zuraida mendakwa Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu membuat laporan polis palsu berhubung insiden beliau mengalami pendarahan hidung.

"Membuat laporan polis palsu adalah kesalahan jenayah dan saya akan pastikan polis mendakwa Jamal kerana berbuat demikian," kata Zuraida.

"Sebagai lelaki, beliau seharusnya berhenti membuli orang lain dan kemudian meletakkan kesalahan itu ke atas wanita. Adalah tidak masuk akal," katanya.

Kejadian berlaku ketika Jamal yang mengetui kumpulan Baju Merah Zuraida mempromosikan perhimpunan Bersih 5 di pusat beli-belah Ampang Point.

Kumpulan Baju Merah muncul di luar Ampang Point sekitar pukul 3 petang untuk sekali lagi mengganggu penyokong Bersih apabila Jamal dilihat menolak seorang lelaki yang memakai baju Bersih sebelum polis campur tangan.

Tidak lama selepas itu, kumpulan baju merah dan Jamal meluru masuk ke dalam pusat membeli-belah sebelum pihak polis menyekat mereka.

Pergelutan akhirnya berlaku antara kumpulan Jamal dan anggota polis menyebabkan dua ahli baju merah ditangkap dan Jamal mengalami pendarahan di hidung.

Beliau kemudian mendakwa ditumbuk oleh salah seorang pengikut Zuraida walaupun ketika kejadian penyokong Bersih telah meninggalkan lokasi berkenaan.

Jamal kemudiannya berikrar bahawa kumpulannya akan bertindak lebih agresif terhadap Bersih berikutan insiden berkenaan.

Beliau selepas itu membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana