Zambry jawab tuduhan UMNO Perak sponsor baju Merah

Tidak dapat dinafikan terdapat ahli-ahli UMNO di negeri Perak menyertai kumpulan baju Merah bersama-sama turun padang di ibu negara Sabtu lepas bagi memberikan sokongan moral kepada Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak dan kerajaan Barisan Nasional.

Tetapi mereka yang turut memakai t-shirt Merah serta berarak bersama-sama kumpulan lelaki dan wanita berbaju merah adalah dilakukan atas kapasiti peribadi. Mereka tidak disponsor oleh mana-mana pihak seperti didakwa pihak tertentu.

Hal sama juga bahawa peserta dari Perak yang juga ramai bersama-sama baju Merah di ibu kota tempoh hari memaksa Menteri Besar  mengeluarkan kenyataan mempertahankan UMNO negeri.
                  
Serentak dengan it u juga, Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir, yang juga Pengerusi  Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak menafikan penglibatan parti itu dalam merancang dan menghantar ahli-ahlinya menyertai mana-mana perhimpunan kumpulan Baju Merah.

“Saya menolak sekeras-kerasnya dakwaan setengah pihak kita turut menaja kumpulan baju Merah,” katanya kepada media Ahad sambil menambah “.. . tiada sebarang perancangan atau persetujuan pernah dibuat untuk menghantar wakil UMNO terlibat dengan aktiviti Baju Merah.”
Perkara itu dinyatakan dalam satu sidang media selepas program Jelajah Penerangan Pimpinan Bersama Akar Umbi Negeri Perak yang dihadiri oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa. 

Beliau mengulas satu SMS  di laman sosial dan aplikasi Whatsapp mengenai senarai ahli UMNO Perak menyertai perhimpunan Baju Merah. Konon arahan menghantar wakil itu  ditandatangani Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Perak merangkap Ketua UMNO Bahagian Taiping, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie .

Sementara itu dalam konteks yang sama, Menteri Besar memberikan justifikiasi disebalik Gerakan BERSIH (baju kuning) berkeras mahu membuat demonstrasi di atas jalan raya.

Katanya sebenarnya ia adalah  perang psikologi bagi memberi persepsi bahawa demontrasi itu mendapat sambutan dari rakyat.

Beliau memberi contoh program jalan kaki di Pulau Pangkor baru-baru ini yang dihadiri  seramai 2,000 warga pulau itu.

Menurut Dr.Zambry walaupun 2,000 orang peserta, tetapi oleh kerana mereka berjalan di atas jalan raya, itu menyebabkan `limpahan’ manusia sepanjang dua kilometer.

“Itu sebab mereka (BERSIH) mahu buat di jalan raya, tidak di dalam stadium, untuk menggambarkan seolah-olah ramai orang,” katanya.

Justeru beliau berkata pemimpin BN tidak akan melakukan apa yang dilakukan oleh pembangkang demi untuk menjaga keamanan negara dan keselamatan rakyat.

Katanya sebagai satu contoh jika Presiden MyPPP menganjur demonstrasi sudah tentu ahli-ahli parti itu yang melebihi 600,000 akan turun, begitulah juga jika beliau (Zambry) sendiri mengajak.

Bagaimanapun katanya mereka tidak akan berbuat demikian kerana sudah pasti ia akan mewujudkan tindak balas, yang akhirnya akan merugikan semua pihak. Kerana katanya lagi
“apabila ada action (tindakan), sudah tentu ada reaction.”

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana