‘Zalim’ Sangatkah Pihak Berkuasa Berbanding ‘Dia’?

Penulis melihat ramai pemimpin Pakatan Harapan yang meroyan-royan marahkan pihak berkuasa kerana bertindak menahan pemimpin Bersih, aktivis radikal dan beberapa pemimpin pembangkang yang terlibat dalam himpunan haram, semalam.

Kononnya tindakan yang diambil itu ‘zalim’ dan tidak patut. Kononnya kerajaan BN telah mempergunakan PDRM untuk menganiaya semua individu baju kuning yang ditahan sebelum, ketika Bersih 5 berlangsung dan selepas himpunan haram itu tamat.

Namun untuk pengetahuan mereka yang menuduh begitu, ketahuilah bahawa bukan baju kuning saja yang ditahan. Malah, pemimpin baju merah juga ada yang ditahan reman beberapa hari gara-gara turut sama berhimpun semalam.

Ia membuktikan bahawa pihak PDRM tidak mengamalkan sentimen pilih kasih atau berat sebelah dalam soal menegakkan undang-undang di negara ini. Jangankan ‘kepala baju kuning’, ‘kepala baju merah’ pun ditahan, bukan? Itu fakta.

Cuma, pada pandangan penulis, perbezaan puak Pakatan Harapan dengan UMNO dalam soal ini adalah membabitkan keluhuran dan kepatuhan kepada undang-undang negara. Terlalu ketara perbezaannya jika diperhatikan.
video

Sebagai contoh, puak Pakatan Harapan bukan saja menyokong dan berkempen melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang, malah turut bersama-sama memimpin himpunan haram itu. Bukan sekali dua, sudah berkali-kali dan mungkin sejak azali lagi.

Berbanding UMNO, awal-awal lagi sudah diberitahu supaya patuh pada undang-undang negara dan tidak melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang. Boleh melakukan himpunan, namun hendaklah cukup segala syarat pihak berkuasa.

Sebagai contoh, sedang baju kuning dan baju merah berhimpun secara haram di ibu negara, UMNO Kedah juga berbaju merah berhimpun di Sungai Petani. Malah tidak ada seorang pun yang hadir Konvensyen UMNO Kedah itu ditangkap polis semalam di sana. Nampak?

Malah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini langsung tidak berkompromi dengan kesalahan sengaja melanggar undang-undang negara dan menegaskan bahawa UMNO akan mengambil tindakan disiplin pada ahli parti yang menyertai himpunan haram semalam.

Apakah DAP, PAN, PPBM dan PKR akan mengambil tindakan disiplin pada ahli parti mereka yang melanggar undang-undang negara semalam? Mahathir dan Mukhriz akan ambil tindakan disiplin PPBM terhadap diri sendiri? Mustahil sangat rasanya…

Jadi, rakyat dapat melihat dengan jelas tentang siapa yang mendaulatkan undang-undang negara dan tidak hormat pada undang-undang yang mereka sendiri gubal di parlimen, bukan?

Lebih menarik lagi, mereka yang hadir semalam terlupa bahawa ada individu ‘terlalu veteran’ yang hadir semalam pernah mengarahkan pihak berkuasa ‘menembak’ mereka dengan ‘water cannon’, melempar gas pemedih mata serta mengejar mereka dengan belantan dan cota.

Mungkin mereka lupa, individu ‘terlalu veteran’ itu juga pernah menangkap ratusan pemimpin mereka ketika bergelar ‘Maha Firaun’ dulu. Atau pembangkang kini telah dijangkiti sindrom ‘mudah lupa’ seperti ‘dia’?
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment