Zahid cadang wujudkan jawatan Pemangku Timbalan Presiden UMNO...

Mungkin ramai yang tidak tahu jawatan yang disandang oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai ‘Naib Presiden yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO’ bukan satu jawatan rasmi dan tidak termaktub dalam perlembagaan parti.

Dalam bahasa mudah jawatan itu dikira macam ‘ bidan terjun’ saja beliau sandang selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat sebagai Timbalan Presiden UMNO pada 24 Jun 2016.

Sebelum ini situasai sama pernah berlaku dua kali dimana Naib Presiden kena jalankan tugas Timbalan Presiden.

Ini bila Tun Abdullah Badawi pada tahun 1998 ketika itu Naib Presiden UMNO kena  menjalankan tugas Timbalan Presiden selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Seri Najib Tun Razak pula kena ambil fungsi sama ketika beliau Naib Prsiden bila Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri ekoran persaraan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Timbalan Presiden UMNO mempunyai tugas rasmi tersendiri antaranya seperti mempengerusikan Jawatankuasa Pengurusan UMNO dan merasmikan persidangan tahunan pergerakan Pemuda,Wanita dan Puteri.

Ketiadaan satu ‘ jawatan rasmi’ ekoran kekosongan yang mungkin tiba-tiba berlaku seperti kes Muhyddin,Anwar dan juga Abdullah mencetuskan sedikit sebanyak kerumitan bagi Naib Presiden yang kena jalankan tugas Timbalan Presiden.

Dalam UMNO ada tiga Naib Presiden.Selain Zahid seorang lagi ialah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.Satu lagi kosong ekoran Datuk Seri Shafie Apdal keluar parti.

Ahad…ketika bercakap kepada wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur Zahid telah mencadangkan agar Perlembangaan UMNO dipinda bagi mewujudkan jawatan Pemangku Timbalan Presiden parti.

Beliau menjelaskan langkah berkenaan bagi memastikan tidak wujud kekangan dalam kalangan Naib Presiden yang diamanahkan menjalankan tugas berkenaan.

Zahid kata langkah itu bukanlah kerana dirinya sekarang yang kena jalankan tugas Timbalan Presiden.

Sebaliknya ia untuk kemudahan parti bila tiba-tiba berlaku kekosongan.

"Jawatan itu bukan untuk saya, sebaliknya untuk kepentingan parti, mana tahu akan datang Hisham (Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein) pula menjalankan tanggungjawab berkenaan.

Katanya selain jawatan untuk parti induk jawatan pemangku ketua juga perlu diwujudkan untuk sayap Pemuda,Wanita dan Puteri.

Zahid berkata untuk meminda perlembagaan satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) perlu diadakan.

UMNO akan adakan perhimpunan agung tahunan pada hujung bulan November ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana