Wujud kumpulan dalaman untuk provokasi polis

Sekutu PAS, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) mendesak pihak polis mengambil tindakan tegas dan serta merta membatalkan tunjuk perasaan yang akan diadakan oleh Kumpulan Bersih dan Kumpulan Baju Merah pada 19 November ini.

Presiden Ikatan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata pihaknya sangat bimbang akan berlaku pertumpahan darah dan rusuhan besar-besaran jika kedua-dua himpunan tersebut dibenarkan berterusan.

"Saya sendiri pernah mengambil bahagian di dalam dua siri Bersih yang diadakan pada tahun-tahun dahulu, dalam setiap demonstrasi tersebut memang terdapat perancangan rapi oleh kumpulan dalaman untuk memprovokasi polis dan pihak-pihak lain sehingga menimbulkan rusuhan besar-besaran dengan tujuan menarik perhatian dunia dan mendapat publisiti luar negara yang meluas," katanya.

Katanya, insiden dan provokasi seseorang yang menumbuk Ketua Kumpulan Merah Datuk Jamal Yunos sehingga berdarah sudah tentu akan menimbulkan kemarahan yang amat sangat dari pengikut dan penyokongnya.

"Sudah tentu mereka akan juga akan membuat apa sahaja untuk menyekat demonstrasi Bersih dan pertembungan tersebut sudah tentu akan mengakibatkan rusuhan dan pertumpahan darah yang seharusnya tidak boleh dibenarkan berlaku pada ketika ini," tambah beliau.

Tegas beliau, ketika ini negara sedang melalui masalah sosioekonomi yang berbagai-bagai akibat kemerosotan ekonomi dunia sehingga menyebabkan peningkatan kos sara hidup dan kemerosotan ekonomi negara.

Justeru, katanya pada ketika ini negara tidak mampu menghadapi rusuhan lebih-lebih lagi jika ianya berunsurkan perkauman yang mana akan menakutkan pelabur daripada luar.

Kadir juga percaya pihak polis berkemampuan untuk mengambil tindakan tegas, berani dan serta merta untuk menyekat keadaan buruk ini dari berlaku.

"Polis masih mempunyai lima hari untuk membuat sesuatu demi keamanan dan kesejahteraan negara dan juga bagi membela kerukunan hidup rakyat Malaysia yang begitu baik selama ini.

"Kami marayu agar demonstrasi kedua-dua pihak itu diharamkan serta merta dan jangan kita menyesal kemudian hari," ujarnya.

Beliau juga menasihatkan agar Bersih dan Baju Merah membuat permohonan baru dan meneruskan demonstrasi mereka di tempat-tempat yang lebih selamat seperti Padang Merbok atau tempat-tempat lain yang mudah dikawal pihak berkuasa dan tidak membahayakan rakyat serta harta awam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana